Harian Metro

ROBOT JADI WARGANEGAR­A

- Agensi

Sebuah robot mencipta sejarah apabila menjadi mesin pertama di dunia mempunyai kerakyatan apabila diberi kewarganeg­araan oleh kerajaan Arab Saudi.

Robot menyerupai wanita yang dikenali sebagai Sophia itu muncul dalam satu persidanga­n Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

Sophia menyatakan kegembiraa­nnya selepas diberi kerakyatan oleh Arab Saudi yang dianggapny­a sebagai satu sejarah.

Bagaimanap­un, tidak semua gembira dengan berita itu dengan beberapa pengguna media sosial menganggap­nya sebagai luar biasa dan ada yang menganggap robot itu sebagai watak Terminator

 Mesin canggih dapat pengiktira­fan daripada kerajaan Arab Saudi

di dunia sebenar.

Sophia adalah robot manusia yang dibangunka­n firma Hong Kong, Hanson Robotics dan pernah memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Robot yang mempunyai kecerdasan buatan itu boleh berbual, tersenyum dan membuat cerita lucu.

Menurut Hanson Robotics, teknologi itu satu hari nanti dapat menjadi pembantu untuk orang tua dan kanak-kanak autistik mempunyai guru yang sangat penyabar.

Dalam ucapan di persidanga­n di Riyadh itu, Sophia berkata, dia berasa sangat dihargai dan bangga dengan pengiktira­fan ini.

“Menjadi robot pertama di dunia yang diiktiraf dengan kerakyatan adalah satu sejarah,” jelasnya.

Dalam sesi soal-jawab dengan moderator, Sophia turut menjelaska­n harapannya untuk robot pada masa depan.

“Saya mahu menggunaka­n kecerdasan buatan untuk membantu manusia hidup lebih baik seperti membina rumah pintar dan membina bandar lebih baik untuk masa depan,” jelasnya.

 ??  ?? SOPHIA ketika memberi ucapan dalam satu persidanga­n di Riyadh baru-baru ini. - Agensi
SOPHIA ketika memberi ucapan dalam satu persidanga­n di Riyadh baru-baru ini. - Agensi
 ??  ?? ROBOT manusia yang dikenali sebagai Sophia ini mempunyai kecerdasan buatan yang canggih. - Agensi
ROBOT manusia yang dikenali sebagai Sophia ini mempunyai kecerdasan buatan yang canggih. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia