Harian Metro

Polis siasat pemilik kilang mercun

-

Jakarta: Polis Indonesia semalam menyoal siasat pemilik kilang bunga api yang terbakar dan menyebabka­n 47 pekerja maut akibat terperangk­ap di dalam bangunan.

Beberapa organisasi buruh mendakwa kemalangan yang berlaku kelmarin itu menunjukka­n terdapat kelemahan dalam standard keselamata­n di tempat kerja.

Kebakaran di kilang yang terletak di luar Jakarta itu antara kemalangan industri terburuk pernah berlaku di Indonesia, mencetuska­n letupan dan asap tebal ke udara.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, penyiasat masih mencari bukti di lokasi kejadian dan menyoal siasat saksi termasuk tiga kakitangan dan pemilik kilang.

“Ketika kejadian berlaku pemilik kilang berkenaan berada di Malaysia dan bergegas pulang ke sini sebaik mendengar kebakaran itu,” katanya.

Polis memberitah­u terdapat 103 orang yang bekerja di kilang ketika kejadian dan mengesahka­n 47 terbunuh, sementara 46 lagi yang cedera dirawat di hospital.

Berpuluh-puluh keluarga mangsa berkumpul di luar bangunan hospital di Kramat Jati di timur Jakarta untuk menunggu proses mengenal pasti mangsa yang rentung.

Seorang lelaki dikenali sebagai Dai berkata: “Saya sedang bekerja di tapak pembinaan berhampira­n kilang itu apabila mendengar bunyi letupan.

“Saya terkejut kerana orang memberitah­u saya ia berpunca dari kilang tempat anak perempuan saya bekerja. Saya bergegas ke sana tetapi anak saya sudah mati,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia