Harian Metro

BELUM KAHWIN DAH DIMADU

- Agensi

 Heboh lelaki berkahwin dengan dua wanita sekali gus

Undangan pernikahan seorang lelaki di bandar ini menjadi viral di media sosial di Indonesia selepas pengantin lelaki itu bakal berkahwin dengan dua wanita.

Kad undangan berkenaan memaparkan majlis pernikahan Cindra dengan dua wanita yang dikenali sebagai Indah Lestari dan Perawati.

Cindra dijadual berkahwin dengan Indah pada 5 November ini dan dengan Perawati tiga hari kemudian sebelum membuat majlis perkahwina­n besar-besaran pada 9 November ini.

Gambar praperkahw­inan pasangan berkenaan juga tersebar di media sosial.

Pada mulanya ramai pengguna media sosial ragu dengan kad undangan berkenaan dan menganggap­nya satu gurauan.

Bagaimanap­un, portal detik.com melaporkan majlis perkahwina­n itu benar-benar wujud.

Ketua Desa Teluk Kijing di Las, Panser memberitah­u, pengantin lelaki berkenaan berasal dari kampung itu dan dia sendiri yang menyediaka­n borang pernikahan mereka.

“Iya benar, ada seorang lelaki di kampung ini akan berkahwin dengan dua wanita.

“Seorang wanita itu iaitu Indah juga penduduk kampung ini dan saya yang menyediaka­n dokumen pernikahan mereka,” katanya yang dihubungi detik.com.

Ibu bapa dan Indah sendiri datang ke pejabatnya bagi menguruska­n pernikahan­nya dengan Cindra.

“Saya bertanya Indah adakah dia yakin dan sedia untuk bermadu dan gadis itu menjawab dia sangat mencintai Cindra.

“Bagi saya tiada yang pelik dengan pernikahan mereka ini yang kami gelar belum bernikah sudah dimadu,” jelasnya.

 ??  ?? GAMBAR praperkahw­inan Cindra bersama Perawati dan Cindra bersama Indah (kanan). - Agensi
GAMBAR praperkahw­inan Cindra bersama Perawati dan Cindra bersama Indah (kanan). - Agensi
 ??  ?? KAD undangan Cindra dengan dua wanita yang tular di media sosial di Indonesia. - Agensi
KAD undangan Cindra dengan dua wanita yang tular di media sosial di Indonesia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia