Harian Metro

GILAP BAKAT PENDIDIK

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembang­an fizikal dan mental.

Sekiranya golongan cilik itu diberikan bimbingan intensif dan pendidikan asas yang kukuh dan efektif, maka mereka mampu membesar dengan sempurna serta mempunyai potensi cukup cerah pada masa depan.

Menyedari kepentinga­n aspek ini, MSU College menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi melengkapk­an bakal pendidik dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing kanak-kanak pada awal usia.

Program ini menyediaka­n pendidikan berkualiti berkaitan aspek perkembang­an awal kanak-kanak seterusnya melahirkan bakal pendidik yang mampu berinterak­si secara efektif dengan golongan itu menggunaka­n kaedah pengajaran dan pengurusan lebih interaktif dan menarik.

Penekanan khusus diberikan berkenaan teori pengajaran dan pembelajar­an, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembanguna­n dan psikologi kanak-kanak, penilaian pembelajar­an kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, aspek keselamata­n, pemakanan kanak-kanak dan juga pembanguna­n kerohanian serta moral kanak-kanak.

Lulusan diploma ini yang

MSU College sedia laluan kerjaya melalui Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

ingin melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda berpeluang melakukan pemindahan kredit ke tahun dua pengajian di Management & Science University (MSU) menerusi Sekolah Pendidikan dan Sains Sosial (SESS). Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi adalah sebagai pendidik, tutor atau pengurus pusat penjagaan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan di MSU College, sila hubungi 03-55136688 atau layari www.msucollege.edu.my.

 ??  ??
 ??  ?? PELUANG lulusan MSU College membina kerjaya terbuka luas dalam bidang pendidikan awal kanak kanak.
PELUANG lulusan MSU College membina kerjaya terbuka luas dalam bidang pendidikan awal kanak kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia