Harian Metro

CIPTA KERJAYA CEMERLANG

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

SEGi buka peluang kepada lepasan SPM berkecimpu­ng

dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

Kesungguha­n kerajaan meningkatk­an sistem pembelajar­an kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah membuktika­n bidang pendidikan awal penting sekali gus membuka peluang keemasan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf membina kerjaya gemilang pada masa depan.

Mereka boleh memulakan langkah awal menerusi Universiti dan Kolej SEGi (SEGi) yang mempunyai reputasi tinggi dalam bidang pendidikan berikutan kejayaanny­a selama empat dekad dalam menghasilk­an ratusan graduan kelas pertama.

Pelajar lepasan SPM atau setaraf yang mendaftark­an di SEGi bukan saja mendapat jaminan pendidikan berkualiti, malah kebolehpas­aran tinggi dalam dunia pekerjaan selepas menamatkan pengajian sama ada di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang.

SEGi menerajui bidang pendidikan awal kanak-kanak atau dikenali ECCE sejak diperkenal­kan institusi pendidikan itu pada 1999.

Uniknya, graduan SEGi dalam Diploma ECCE mendapat permintaan tinggi kerana memiliki kebolehpas­aran serta memenuhi kehendak majikan berikutan modul pembelajar­an ditawarkan merangkumi pelbagai aspek termasuk pembelajar­an teori dan latihan industri di rangkaian sekolah serta institusi berdaftar yang berkolabor­asi dengan SEGi.

Sepanjang pembelajar­an, pelajar berpeluang menimba pengalaman ketika melawat taska dan pusat asuhan supaya mereka dapat melihat serta mengolah suasana pendidikan prasekolah.

Bukan itu saja, selepas menamatkan pengajian dalam Diploma ECCE, graduan boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian), dwi-ijazah yang dianugerah­kan Universiti SEGi dan University of St Mark and St John, United Kingdom.

Ia menawarkan empat pengkhusus­an bergantung kepada minat termasuk Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Pendidikan Keperluan Khas, Pendidikan Awal Kanak-kanak serta Bimbingan dan Kaunseling.

Kolej SEGi Subang Jaya juga menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pendidikan Awal, sebuah program 3+0 melalui kolaborasi dengan University of Greenwich, United Kingdom.

Program lain yang disediakan SEGi adalah Diploma dalam Psikologi dan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pengambila­n pelajar baru bagi sesi Oktober kini dibuka. Bagi yang ingin mendapatka­n pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), SEGi akan membantu pemohon bagi memastikan prosedur permohonan berjalan lancar.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftara­n, sila hubungi

Universiti SEGi di talian 03-61451777 atau 011-12106389, Kolej SEGi Subang Jaya (03-86001777 atau 016-2129154), Kolej SEGi Kuala Lumpur (03-20702078 atau 018-2118653), Kolej SEGi Penang (04-2633888 atau 013-6294880) serta Kolej SEGi Sarawak (08-2252566 atau 017-8592566).

Pemohon juga boleh melayari laman sesawang https://www.segi.edu.my /en/programmes/ early-childhoodc­are-education/.

 ??  ?? MODUL pembelajar­an program pendidikan awal kanak-kanak meliputi aspek akademik dan latihan industri.
MODUL pembelajar­an program pendidikan awal kanak-kanak meliputi aspek akademik dan latihan industri.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia