Harian Metro

PENGALAMAN MARYAM DI UK

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Program klinikal MSU beri pendedahan bertaraf global kepada pelajar perubatan

Pendedahan pelajar kepada kaedah pengajaran dan pembelajar­an (PdP) alaf ke-21 antara aspek penting dalam melahirkan graduan yang kompeten dan serba boleh.

Justeru, Management & Science University (MSU) menerusi inisiatif program mobiliti memberi peluang kepada penuntut dengan menyertai program berbentuk pendedahan global.

Peluang berkenaan tidak dipersiaka­n penuntut

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan

Pembedahan (MBBS), Maryam Jamilah Abdul Hamid, 24, bagi mengikuti program klinikal di Ninewells Hospital and Medical School (NHS) di United Kingdom (UK).

Sepanjang pengajiann­ya, Maryam banyak menimba pelbagai pengalaman baru terutama dalam aspek budaya kerja, teknologi perubatan serta rakan dari Jerman dan Turki.

Pelajar kelahiran

Gombak ini ditempatka­n di Jabatan Gastroentr­opologi dan menjalanka­n prosedur

Prosedur ini adalah satu kaedah menggabung­kan penggunaan alat endoskopi dan fluoroskop­i untuk mengenal pasti serta merawat masalah hempedu dan saluran pankreas.

Maryam sebelum ini pernah menjalani program klinikal di Bangalore

Baptist Hospital, India.

Dia menyifatka­n pendedahan yang dilalui sepanjang berada di UK bakal membantu dirinya untuk menjadi seorang doktor perubatan yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah.

Antara pilihan lain untuk penuntut perubatan MSU mengikuti latihan praktikal termasuk di Brown Healthcare Colombo (Sri Lanka), The Lanka Hospitals Corporatio­n (Sri Lanka), Royal Infirmary Hospital Aberdeen (UK) dan Burapha University Hospital (Thailand).

Program perubatan ditawarkan di kampus utama MSU di Shah Alam dan kampus pesisir antarabang­sa MSU di Bangalore, India yang juga sekolah perubatan pertama mendapat akreditasi untuk tempoh lima tahun daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Antara badan yang mengiktira­f program perubatan MSU selain MMC adalah Majlis Perubatan Sri Lanka (SLMC), Majlis Perubatan dan Pergigian Maldives (MMDC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Majlis Perubatan Australia (AMC) serta Suruhanjay­a Pendidikan untuk Graduan Asing Amerika Syarikat (ECFMG).

 ??  ?? MARYAM bersama teman sekerjanya di NHS.
MARYAM bersama teman sekerjanya di NHS.
 ??  ?? MARYAM mengikuti program klinikal di NHS di United Kingdom.
MARYAM mengikuti program klinikal di NHS di United Kingdom.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia