Harian Metro

HILANG SEMUA

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Dua pingat emas Wendy dan insentif kewangan hasil

kemenangan di Sukan SEA 2017 turut ditarik balik

Ketua Jawatankua­sa Perubatan dan Anti Doping Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF), Datuk Dr SS Cheema mengesahka­n pingat emas yang diraih mana-mana atlet yang didapati positif doping akan ditarik balik.

Biarpun kes itu perlu dilanjutka­n kepada jawatankua­sa pendengara­n namun secara pastinya selepas atlet disahkan positif ujian doping, pingat dan segala insentif kewangan yang diberikan kepada atlet berkenaan akan ditarik semula.

Cheema berkata, setakat ini tiga kes doping dilaporkan termasuk membabitka­n seorang penerjun negara iaitu Wendy Ng Yan Yee

Bagaimanap­un, SEAGF tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sebarang bentuk hukuman kerana ia di bawah

(gambar).

bidang kuasa badan induk persatuan sukan terbabit.

“Seratus peratus pasti pingat itu akan ditarik balik. Tapi kami akan memberi peluang kepada atlet untuk membela diri dan menjelaska­n bagaimana bahan larangan itu boleh ada dalam badan mereka,” katanya.

Cheema menjelaska­n, daripada tiga kes itu satu kes sudah mempunyai tarikh untuk sesi pendengara­n iaitu pada 30 Oktober dan SEAGF masih lagi menunggu lanjutan untuk dua kes lagi.

Penerjun negara, Wendy disahkan positif sibutramin­e ketika temasya Sukan SEA (KL2017) dan berdepan hukuman penggantun­gan maksimum dua tahun.

Merujuk kepada fakta kes, ia bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen juga didapati bersalah menggunaka­n sibutramin­e pada Sukan Asia Incheon 2014 selepas memenangi pingat emas.

Pingat kemenangan­nya bagaimanap­un ditarik balik dan dia dikenakan penggantun­gan empat bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia