Harian Metro

SEMANGAT LONJAK MOMENTUM

-

 Peruntukan RM1 bilion menerusi Bajet 2018 mampu jadikan Malaysia gergasi sukan dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n peruntukan berjumlah RM1 bilion menerusi Bajet 2018 bagi mengekalka­n momentum dalam usaha menjadikan Malaysia selaku gergasi sukan dunia.

Beliau menjelaska­n, peruntukan itu adalah bagi melaksanak­an inisiatif meliputi FitMalaysi­a, Hari Sukan Negara, latihan atlet, program akar umbi dan program pembanguna­n bola sepak negara.

“Kerajaan turut mengumumka­n pembinaan 14 kompleks sukan baru di seluruh negara yang membabitka­n kos bernilai RM112 juta.

“Dalam masa sama, kerajaan turut berbesar hati untuk mengumumka­n peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk menambah baik kemudahann­ya sebagai sekolah sukan premier,” katanya ketika membentang­kan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, semalam.

Sebagai rekod, kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM1.2 billion dalam Bajet 2017 dengan ia meliputi RM450 juta khusus bagi penganjura­n Sukan SEA 2017 (Ogos) dan Sukan Para ASEAN 2017 (September).

Selain itu, beberapa program pembanguna­n sukan turut dilaksanak­an. Antaranya bajet bernilai RM50 juta bagi pembinaan Akademi

Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang dan juga RM122 juta bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk kompleks belia dan sukan negeri, kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti.

Pada masa sama, kerajaan turut memperuntu­kkan RM70 juta bagi Program Pembanguna­n Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabang­sa serta RM54 juta bagi Program Pembanguna­n Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

 ??  ?? PEMBANGUNA­N bakat muda jadi keutamaan negara.
PEMBANGUNA­N bakat muda jadi keutamaan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia