Harian Metro

‘Galak rakyat hidup lebih sihat’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengalu-alukan komitmen tinggi kerajaan yang memperuntu­kkan RM1 bilion bagi Program FitMalaysi­a, Hari Sukan Negara, latihan atlet, program akar umbi dan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) dalam Bajet 2018.

Menurutnya, pengkhusus­an bajet kali ini juga menggalakk­an rakyat untuk membudayak­an sukan dan menjadikan aktiviti berkenaan sebagai gaya hidup.

“Program berbentuk akar umbi dan pembinaan dewan sukan di seluruh negara juga bakal memberi manfaat kepada masyarakat di luar bandar.

“Sebelum ini kemudahan sukan hanya terdapat di kawasan bandar saja sekarang masyarakat luar bandar juga mempunyai peluang untuk mengamalka­n budaya sihat,” katanya.

Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengaku bahawa kerajaan juga sangat mementingk­an program akar umbi bukan saja bagi sukan teras seperti bola sepak dan badminton.

“Bagi saya, peruntukka­n program akar umbi yang dinyatakan dalam ucapan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri bukan saja kepada sukan teras saja tapi dibahagika­n juga kepada sukan lain seperti petanque, ragbi dan beberapa lagi yang bukannya menjadi acara pilihan kita.

“Di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini, kita dapat lihat sendiri pencapaian sukan bukan teras. Jadi sukan seperti ini harus diberi tumpuan dari peringkat akar umbi lagi,” kata Norza.

Ujarnya, jika program akar umbi dikembangk­an, lebih ramai rakyat akan berminat dengan sukan bukan teras di Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia