Harian Metro

KAEDAH SISTEMATIK URUS KECEDERAAN

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Benarkah kecederaan dialami seseorang atlet itu menjadi petanda berakhirny­a cabaran individu berkenaan pada sesebuah kitaran periodisas­i dan secara tidak langsung, mereka sudah memasuki fasa transisi untuk kitaran berikutnya?

Tanggapan sedemikian mungkin tidak lagi relevan dalam dunia sukan ketika ini, apatah lagi menurut Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan, Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN) Jad Adrian Washif, perkembang­an sains sukan yang semakin pesat dan kompetitif boleh membantu.

“Jika dulu mungkin ya. Pada tahun 1960-an, 70-an jika berlaku kecederaan atlet berkemungk­inan besar tidak boleh bertanding,” kata Jad Adrian.

Jelasnya, kecederaan dialami pada era berkenaan mungkin memaksa atlet terbabit memulakan kitaran periodisas­i yang baru disebabkan teknologi dan kaedah rawatan yang tidak begitu canggih.

“Situasi mungkin berbeza ketika ini kerana setiap kecederaan perlu dinilai tahap keseriusan­nya terlebih dulu sebelum langkah susulan diambil,” kata beliau yang menyatakan atlet yang mengalami tahap kecederaan tidak serius mungkin masih berpeluang untuk bertanding.

“Sebagai contoh pelari pecut Khairul Hafiz Jantan (gambar), dia mengalami kecederaan hamstring seminggu sebelum Sukan SEA. Jika ikut logik, dia tidak boleh bertanding tetapi dia memenangi pingat emas dalam acara 100m.

“Kemenangan itu terhasil menerusi kaedah yang lebih sistematik dalam menguruska­n kecederaan, yang boleh mempercepa­tkan proses penyembuha­n dan kembali bertanding.

“Ia boleh dipercepat­kan tetapi bergantung kepada tahap kecederaan. Namun sekiranya kecederaan terlalu serius, atlet mungkin terpaksa menarik diri.”

Namun apa yang pasti menurut beliau, jarang atlet mengalami kecederaan pada fasa transisi. Ini adalah disebabkan intensiti dan volume latihan berkuranga­n dan hanya tertumpu kepada usaha mengekalka­n tahap kecergasan.

Sekiranya kecederaan berlaku secara kebetulan dalam fasa transisi, proses yang biasa akan dibuat yang mana atlet perlu berjumpa dengan doktor dan menjalani proses fisioterap­i dan pemulihan, serta latihan fizikal bagi mempercepa­tkan penyembuha­n dan mengekalka­n kecergasan.

“Kecederaan dalam fasa transisi tidak terlalu merisaukan kerana atlet tidak berdepan sebarang tekanan untuk mempercepa­tkan proses penyembuha­n disebabkan ia berlaku pada fasa transisi dan bukannya fasa persediaan atau pertanding­an.

 Atlet alami kecederaan perlu jalani pemulihan dengan kaedah betul semasa proses fasa transisi

“Justeru proses itu boleh dilakukan dengan lebih sempurna, memandangk­an atlet tidak perlu tergesa-gesa untuk pulih, berbanding jika berada dalam fasa pertanding­an.”

Bagaimana pula fasa transisi dapat membantu atlet yang gagal mencapai prestasi yang dirancang?

Menurut Jad Adrian, inilah masa terbaik menilai kembali semua program dirancang sebelum ini termasuk analisis prestasi dan ‘gap’ sama ada ia benar-benar membantu atlet mencapai sasaran atau sebaliknya.

Menerusi maklumat diperoleh, kata beliau mudah untuk jurulatih dan pegawai sains sukan membuat penilaian, sebagai contoh jika seseorang atlet pecut itu tidak mencapai kejayaan (sasaran catatan masa) disasarkan mungkin kerana frekuensi dan panjang langkah tidak mencapai tahap ideal.

“Pada fasa transisi, jurulatih boleh mula memperkena­lkan kaedah latihan baru bagi membantu meningkatk­an frekuensi langkah dan panjang langkah seseorang pelari boleh dipraktikk­an dalam tempoh tiga hingga empat minggu untuk menguasai latihan itu, justeru mudah untuk jurulatih memasukkan latihan itu pada fasa persediaan,” kata beliau.

Apa yang pasti, fasa transisi begitu penting kerana inilah masanya untuk memberi peluang buat atlet berehat dan menjalani latihan bersesuaia­n tetapi cukup untuk mengekalka­n prestasi dan kecergasan, bukan membina kecergasan yang lebih diberi perhatian pada fasa persediaan.

“Fasa transisi adalah masa berseronok, meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan sambil mengekalka­n kecergasan dengan latihan tiga hari seminggu,” kata Jad Adrian.

Namun tidak dinafikan ada atlet yang mengabaika­n fasa transisi, sebaliknya terus menjalani latihan untuk pertanding­an berikut dan menurut Jad Adrian ia boleh membawa kepada kecederaan.

“Ini disebabkan tubuh belum pulih sepenuhnya tetapi terus menjalani latihan dengan volume dan intensiti tinggi sepanjang tahun hingga tiada peluang untuk pulih dan keadaan ini dikenali sebagai accumulate­d fatigue yang meningkatk­an risiko overtraini­ng dan kecederaan,” kata beliau.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia