Harian Metro

AZROY LIGAT MEMANJAT

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Selain tangkas di trek, pelumba Cub Prix negara

turut meminati sukan lasak wall climbing

Kalau sudah namanya atlet, apa saja aktiviti yang dilakukan di luar kepakaran mereka kadangkala ada juga berkaitan dengan aktiviti sukan yang bertujuan mengekalka­n tahap kecergasan.

Bukan satu atau dua, sebenarnya ramai juga atlet yang meminati sukan lain sebagai satu sesi riadah dengan pada masa sama meraih kepuasan menerusi perkara yang dilakukann­ya itu.

Itulah juga yang dilakukan pelumba Cub Prix negara, Azroy Hakeem Anuar.

Memegang status selaku atlet dalam sukan permotoran, Azroy juga sedang berjinak-jinak untuk meminati sukan lasak wall climbing.

“Saya memang suka sukan lasak dan salah satunya adalah wall climbing. Tapi sukan ini baru saja saya ceburi kira-kira sebulan yang lalu.

“Kenapa saya sukakan sukan ini? Sebab bagi saya sebagai atlet kami perlu sentiasa mengekalka­n tahap kecergasan.

“Dengan terbabit dalam sukan wall climbing, ia dapat menambah kekuatan pada tangan serta anggota badan lain yang amat diperlukan ketika saya sedang berlumba.

“Satu lagi, sukan wall climbing memerlukan fokus yang tinggi dalam setiap pergerakan dan perkara sama juga berlaku ketika saya beraksi di litar.

“Secara tidak langsung dengan menceburi sukan ini, ia dapat membantu saya ketika berlumba,” katanya yang biasa melakukan aktiviti itu di Putrajaya.

Jelas Azroy, sejak berjinak-jinak dengan sukan berkenaan, dia mendapati ia tidaklah memerlukan kos yang tinggi dan amat sesuai untuk semua golongan.

“Cuma nak kena beli peralatan macam tali dan kasut wall climbing. Tapi jika anda baru hendak menceburi sukan ini, anda boleh sewa saja semua peralatan itu.

Azroy berkata, meskipun sukan wall climbing baru saja diceburiny­a, namun dia sebenarnya sudah melakukan aktiviti mendaki bukit.

“Pernah juga saya mendaki beberapa bukit di sekitar Selangor, antaranya Bukit Broga dan salah satu di Ampang.

“Memang saya ada cita-cita untuk memanjat gunung contohnya seperti Gunung Kinabalu. Tapi agak sukar untuk mencari masa lapang ketika ini.

“Harap-harap saya dapat penuhi impian itu satu hari nanti,” katanya.

 ?? FOTO: ?? AKSI Azroy meraikan kejuaraan di garisan penamat. AZROY (tengah) julang kejuaraan Cub Prix bersama rakan sepasukan.
FOTO: AKSI Azroy meraikan kejuaraan di garisan penamat. AZROY (tengah) julang kejuaraan Cub Prix bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia