Harian Metro

PERIT JUGA

- AFP

 Real perlu dua gol penalti benam lawan dari divisyen tiga

Real Madrid membuka kempen Copa del Rey dengan kemenangan 2-0 pada aksi pertama kelompok 32 terakhir ketika berdepan pasukan divisyen tiga, Fuenlabrad­a, awal pagi semalam.

Dua gol itu diperoleh menerusi sepakan penalti pada babak kedua yang disempurna­kan Marco Asensio dan Lucas Vazquez.

Bos Madrid, Zinedine Zidane merehatkan sebahagian besar bintangnya dengan Cristiano Ronaldo, Luka Modric, Toni Kroos, Isco dan Sergio Ramos langsung tidak berada dalam skuad.

Bagaimanap­un, pemain simpanan Real gagal menyerlah sepanjang 45 minit pertama dengan hanya sepakan voli Marcos Llorente dari luar kotak penalti menguji penjaga gol Fuenlabrad­a, Jordi Codina.

Menunjukka­n inspirasi daripada permainan terbuka, pelawat membuka jaringan daripada sepakan penalti apabila Fran Garcia menarik Achraf Hakimi selepas sejam permainan dan Asensio menyempurn­akannya.

Codina buat seketika menyelamat­kan Fuenlabrad­a dengan dua aksi menyelamat hebat untuk menafikan percubaan Borja Mayoral.

Namun, jaringan kedua Real tiba 12 minit sebelum tamat apabila kekasaran Paco Candela terhadap Theo Hernandez menyaksika­nnya dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua dan satu lagi penalti diberikan kepada juara Eropah itu.

Kali ini, Vazquez mengambil tanggungja­wab itu dan memberikan gergasi Sepanyol berkenaan kelebihan untuk perlawanan kedua di Santiago Bernabeu dalam tempoh sebulan akan datang.

“Saya gembira, kami menjaringk­an dua gol dan tidak bolos,” tegas Zidane.

“Kami ada kesabaran. Kami tahu kami boleh membuka jaringan pada babak kedua dan kami berjaya melakukann­ya.”

 ??  ?? PEMAIN Real Madrid, Theo Hernandz (tengah) dikawal dua pemain Fuenlabrad­a, Miquel Angel (kiri) dan Mikel Iribas pada saingan di Stadium Fernando Torres, kelmarin.
PEMAIN Real Madrid, Theo Hernandz (tengah) dikawal dua pemain Fuenlabrad­a, Miquel Angel (kiri) dan Mikel Iribas pada saingan di Stadium Fernando Torres, kelmarin.
 ??  ?? PEMAIN Real, Marco Asensio (kiri) mengasak pemain Fuenlabrad­a, Fran Garcia.
PEMAIN Real, Marco Asensio (kiri) mengasak pemain Fuenlabrad­a, Fran Garcia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia