Harian Metro

MISI HAMBAT CITY

- AFP

Manchester

Kekalahan bukan pilihan buat Jose Mourinho atau Mauricio Pochettino ketika pasukan kendalian masing-masing cuba mengejar pendahulu, Manchester City dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Mourinho, Manchester United dan Pochettino, Tottenham Hotspur akan memulakan hujung minggu ini lima mata di belakang City ketika mereka terpaksa berdepan sesama sendiri di Old Trafford, malam ini.

United kelihatan seperti hilang sengat sejak dua minggu lalu berikutan seri tanpa jaringan dengan Liverpool sebelum mengalami kekalahan pertama dalam liga musim ini, Sabtu lalu ketika Huddersfie­ld Town menewaskan mereka 1-2.

Mourinho yang menyalahka­n pemainnya kerana ‘tingkah laku buruk’ selepas kekalahan kepada Huddersfie­ld, melakukan tujuh perubahan bagi saingan pusingan keempat Piala Liga, awal pagi Rabu lalu ketika berdepan pasukan Liga Perdana, Swansea dan mencipta kemenangan 2-0.

Sebahagian besar pemain yang tidak beraksi dalam kesebelasa­n utama dijangka kembali ketika berdepan Spurs, antaranya Romelu Lukaku, yang bergelut mendapatka­n kembali prestasiny­a apabila kemarau gol dalam empat aksi selepas menjaringk­an 11 gol daripada 10 perlawanan pertamanya buat United.

Mourinho boleh mendapat kembali sebahagian pemain yang cedera walaupun beliau masih belum tahu bila pemain tengah Perancis, Paul Pogba akan bersedia untuk kembali daripada kecederaan hamstring yang dialami, 12 September lalu.

Phil Jones yang dikeluarka­n ketika berdepan Huddersfie­ld kerana ketegangan paha, antara pemain yang diletakkan di bangku simpanan berdepan Swansea dan akan cergas manakala rakan di pertahanan tengah, Eric Bailly juga semakin hampir boleh digunakan selepas cedera pangkal paha ketika bersama Ivory Coast, awal bulan ini.

Marouane Fellaini masih dalam pemulihan masalah ligamen lutut manakala pemain tengah, Michael Carrick masih cedera.

United menang semua empat pertemuan di laman sendiri musim ini, meledak 14 gol serta tidak melepaskan sebarang jaringan gol dan Mourinho mahu meneruskan

 United, Spurs rebut tiga mata rapat jurang dengan pendahulu liga

rentak itu.

Pemain tengah Ander Herrera berkata: “Tottenham adalah pencabar utama setiap musim. Pada dua atau tiga tahun sebelum ini, mereka banyak meningkat dan mereka pencabar untuk apa saja; Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan kedua-dua saingan piala.

“Ia akan menjadi sesuatu yang hebat jika kami mengalahka­n mereka.”

Skuad kendalian Pochettino sepatutnya ke Manchester dengan penuh keyakinan berikutan kemenangan bergaya 4-1 mengatasi

Liverpool, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia