Harian Metro

Toure harap West Brom tampil lebih berani

-

Manchester: Perancang tengah Manchester City, Yaya Toure berharap West Brom tidak akan ‘membina tembok’ di depan gawang apabila pasukannya berkunjung ke The Hawthorns, malam ini.

Peneraju Liga Perdana Inggeris (EPL) itu diheret ke penentuan sepakan penalti untuk menumbangk­an Wolves pada aksi pusingan keempat Piala Liga, Selasa lalu selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit aksi di Stadium

Etihad.

Dan Toure mendesak The Baggies tampil lebih berani dengan corak permainan menyerang di laman sendiri.

“Saya berharap satu perlawanan yang lebih mudah kerana apabila anda memberikan terlalu banyak peluang untuk lawan kekal bersaing, ia akan menjadi sukar,” kata Toure.

“Ia amat sukar apabila menentang pasukan yang bertahan. Penyerang turut beraksi di sisi pemain tengah bertahan, ia sukar untuk dipercayai.”

City terhutang budi kepada penjaga gol, Claudio Bravo ketika pertemuan berdepan Wolves selepas dia menyelamat­kan dua sepakan penalti sekali gus memastikan kemenangan 4-1 dan kemaraan ke suku akhir.

Bintang Chile itu kehilangan tempat kepada Ederson yang menyertai City dari Benfica, Jun lalu, tetapi Toure berkata persembaha­n Bravo ketika bertemu Wolves membuktika­n dia sudah bersedia memburu posisi utama semula.

“Kelab ini mahu memenangi sebanyak mungkin trofi. Ia amat sukar, tapi kami memerlukan setiap pemain dan saya fikir Claudio membuktika­n dia perlu diberi peluang beraksi dan kekal di kelab ini.”

Dengan Ilkay Gundogan gagal menghabisk­an aksi Selasa lalu, sudah tentu Pep Guardiola tidak berani mengambil risiko menurunkan­nya sekali gus menambah senarai kecederaan City selepas Vincent Kompany dan Benjamin Mendy.

- AFP

 ?? Yaya Toure ?? Ia amat sukar apabila menentang pasukan yang bertahan. Penyerang turut beraksi di sisi pemain tengah bertahan, ia sukar untuk dipercayai”
Yaya Toure Ia amat sukar apabila menentang pasukan yang bertahan. Penyerang turut beraksi di sisi pemain tengah bertahan, ia sukar untuk dipercayai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia