Harian Metro

Tunku Ismail tunjang kejayaan Johor DT

-

Lumpur: Kebangkita­n Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebagai gergasi bola sepak tempatan adalah bertunjang­kan kebijaksan­aan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bukan hanya bersandark­an kepada jurulatih semata-mata.

Hakikat itu diakui bekas pengendali skuad Harimau Selatan, Bojan Hodak yang menegaskan jurulatih yang berjaya membawa kejayaan kepada pasukan itu adalah disebabkan bimbingan daripada Tunku Ismail sendiri selain sokongan kewangan yang kuat dalam mendapatka­n pemain yang terbaik buat pasukan.

“Setiap jurulatih yang datang ke Johor DT mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kejuaraan. Mario Gomez tidak akan memenangi apa-apa kejuaraan jika bukan disebabkan Tunku Ismail.

“Semua orang dalam industri bola sepak mengetahui­nya. Mungkin ramai penyokong yang tidak tahu fakta ini, tapi tanpa para pemain yang Tunku Ismail letakkan, saya tidak rasa beliau akan memenangi apa-apa kejuaraan

(gambar)

termasuk saya.

“Apa kejayaan yang Mario Gomez capai sebelum ke Johor DT? Tiada. Kini, beliau mahu kembali ke sini kerana beliau tidak lagi mempunyai sebarang pekerjaan, ” katanya menerusi laman sosial rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Hodak yang kini adalah ketua jurulatih skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara, pernah membimbing Johor DT pada 2014 dan 2015 yang menyaksika­n pengendali kelahiran Croatia itu membawa pasukan itu muncul juara Liga Super 2014 dan Piala Sumbangsih 2015.

Hodak kemudianny­a digantikan dengan Gomez yang menyaksika­n sentuhan emasnya membolehka­n Johor DT melalui ‘zaman emas’ yang menyaksika­n pasukan itu mendominas­i kancah tempatan dengan pelbagai trofi.

Kejayaan terbesar yang diraih Johor DT di bawah kendalian Gomez sudah pasti Piala AFC 2015 sekali gus menjadikan Harimau Selatan sebagai pasukan Asia Tenggara pertama yang memenangi trofi berkenaan.

 ??  ?? GHADDAR ledak 27 gol Liga Super musim ini sekaligus menyamai rekod Marlon.
GHADDAR ledak 27 gol Liga Super musim ini sekaligus menyamai rekod Marlon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia