Harian Metro

Tiada pilihan, mesti menang!: Sathit

- Attirmidzi­e Rahman sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Pemain Kelantan diminta tidak terlalu memikirkan keputusan perlawanan antara Sarawak dan T-Team sebaliknya memusatkan tumpuan untuk menewaskan Melaka United pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Pemangku jurulatih The Red Warriors (TRW), Sathit Bensoh berkata, barisannya tiada pilihan selain menewaskan Melaka untuk kekal beraksi dalam kancah elit itu, musim depan.

“Ia satu tugasan besar buat saya dan pemain kerana perlawanan itu satu-satunya peluang terakhir buat Kelantan kerana sekiranya tewas kita terpaksa mengucapka­n selamat tinggal kepada Liga Super.

“Jadi, saya harap semua pemain berusaha habis-habisan malam esok (ini). Jangan terlalu memikirkan keputusan aksi Sarawak menentang T-Team, sebaliknya takdir kita terletak di tangan kita sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelantan kini menduduki tangga kedua tercorot dengan 19 mata dan hanya kemenangan mampu menghidupk­an peluang mereka untuk kekal beraksi dalam Liga Super dengan syarat Sarawak dan T-Team seri atau tewas.

Sarawak kini memiliki kelebihan satu mata di atas

Kelantan, manakala T-Team mengumpul 22 mata tetapi sekiranya kelab dari Terengganu itu tewas di Kuching, Kelantan akan berkongsi 22 mata jika menang ke atas Melaka dan perbezaan jaringan juga lebih memihak kepada TRW.

Sathit yang baru mengambil alih tugas Zahasmi Ismail bagaimanap­un menegaskan TRW perlu bersedia menghadapi situasi dan detik sukar ketika beraksi di gelanggang lawan.

“Saya akui memang sukar buat TRW tetapi mahu atau tidak kita perlu hadapi dan mencari kemenangan dalam perlawanan itu.

“Selain barisan pemain yang lengkap, Melaka juga mempunyai aura penyokong yang kuat. Itu yang menjadi satu cabaran buat kita, pasukan perlu bersedia menghadapi keadaan itu nanti. Malah, saya yakin Melaka tidak akan memberi laluan mudah walaupun kedudukan mereka sudah terjamin,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Kelantan dituntut supaya fokus benam
Melaka.
PEMAIN Kelantan dituntut supaya fokus benam Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia