Harian Metro

GENGGAM TIKET

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Skuad futsal lelaki negara mengesahka­n tiket ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Taiwan pada Februari depan selepas meraih dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan B Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh, Vietnam semalam.

Anak buah Chiew Chun Yong itu layak selepas mudah menewaskan Timor Leste 7-2 pada aksi pertama yang berlangsun­g kelmarin sebelum meneruskan rentak sama dengan menjadikan Laos mangsa kedua hasil keputusan 6-3 untuk meraih enam mata maksimum setakat ini.

Biarpun skuad negara masih berbaki satu perlawanan bertemu juara bertahan Thailand hari ini, ia sudah cukup untuk memastikan Malaysia sekali lagi beraksi di

 Skuad futsal

layak ke Taiwan selepas

raih dua kemenangan

pusingan akhir.

Menurut Chun Yong, pemainnya beraksi dengan cukup baik dalam dua perlawanan itu apabila masing-masing mempamerka­n tahap disiplin tinggi untuk mencapai kemenangan.

“Pemain-pemain beraksi dengan baik serta menunjukka­n komitmen yang tinggi. Saya memuji sikap mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari gol demi gol.

“Dengan apa yang diperagaka­n, pemain saya berhak bertanding di Taiwan tahun depan dan kami akan beri tentangan lebih bermakna di saingan itu nanti,” katanya.

Berdasarka­n format pertanding­an, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir sekali gus mengisi empat slot dari ASEAN ke pusingan akhir Kejuaraan AFC di Taiwan.

“Walaupun matlamat kami untuk layak sudah tercapai, saya tetap mahukan pemain cuba menewaskan Thailand pada aksi terakhir esok (hari ini).

“Fokus pasukan selepas ini ialah memperbaik­i pencapaian dua tahun lalu di mana kami sekadar memenangi tempat ketiga (Kejuaraan AFF) dan kalau boleh saya mahu kami mara ke final pula,” katanya yang membimbing pasukan meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu.

Pada edisi di Bangkok dua tahun lalu, skuad negara kendalian jurulatih Marcelo Serpa menamatkan saingan di tangga ketiga selepas mudah membelasah Timor-Leste 8-1 untuk berada di belakang Thailand (juara) dan Myanmar (naib juara).

 ??  ?? PEMAIN negara (jersi hitam) ketika berentap dengan Laos, semalam.
PEMAIN negara (jersi hitam) ketika berentap dengan Laos, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia