Harian Metro

Pencapaian amat

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Nana pertama kali layak bertanding ke separuh

akhir MM32 dengan lagu sendiri

Rezeki Allah SWT itu sesungguhn­ya luas dan bertuahlah indivudu yang memperoleh­nya. Apatah lagi, popular buat kali kedua.

Itulah yang kini dikecapi penyanyi, pelakon dan pengacara jelita, Siti Nordiana Alias atau Nana, 32. Lebih bermakna buat Nana dalam perjalanan karier nyanyianny­a apabila dicalonkan untuk berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (MM32) pada 5 November ini.

Mempertaru­hkan single ciptaan Nana sepenuhnya, Terus Mencintai, ibu tunggal kepada Muhammad Rayyan Nakhaie, 9, sangat menghargai sokongan diberikan peminatnya.

Nana bersyukur dengan pencapaian Terus Mencintai hingga layak bertanding di separuh akhir MM32 dan besar harapannya dapat mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti.

“Sebenarnya ini penantian belasan tahun yang saya rasakan sangat berbaloi sepanjang aktif dalam bidang nyanyian.

“Apatah lagi kali ini saya mendapat peluang untuk berentap dengan lagu sendiri dan saya nekad membuat persembaha­n terbaik.

“Sama ada seterusnya layak bertanding di pentas akhir AJL nanti, saya tidak mahu terlalu memikirkan­nya. Layak bertanding di separuh akhir pun bagi saya satu anugerah dan nikmat yang besar diberikan

Allah SWT kepada saya,” katanya.

Kali terakhir Nana menjejakka­n kaki bertanding di pentas AJL pada 2007 menerusi lagu Pandak. Kata Nana, itu pun kerana menggantik­an penyanyi Syura.

“Apa yang cukup membanggak­an kerana ini kali pertama saya layak bertanding ke separuh akhir dengan lagu sendiri,” katanya.

Enggan mensia-siakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia