Harian Metro

Dapat rasa pintu rezeki tetap ada

-

Shiha kekal dengan pendirian untuk keluarkan lagu berentak ‘besar’

Tidak pernah mengalah dan menyerah dalam mengejar impian sebagai anak seni, penyanyi, Shiha Zikir, 30, kini mengorak langkah dengan terus menghasilk­an lagu baru, Jagakan Dia.

Katanya, dia tidak pernah mengalah dan berhenti berusaha. Kalau ada pun rasa untuk putus asa, itu bukanlah kerana kerjaya, sebaliknya kerana orang yang memberikan aura negatif kepadanya.

“Normal kalau ada orang ingin jatuhkan kita dan tidak senang melihat menempa kejayaan. Apa yang saya tahu, saya akan terus berusaha kerana ingin mencari rezeki dalam bidang ini,” katanya.

Walaupun tidak popular seperti artis lain yang kerap muncul di TV dan sebagainya, Shiha bersyukur dengan rezekinya yang tidak pernah putus.

Katanya, mungkin orang akan menganggap kemunculan di TV penanda aras untuk populariti dan kejayaan seseorang artis di dalam industri tetapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih daripada sekadar itu.

“Saya sendiri sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dicurahkan oleh-Nya. Setiap bulan, tak pernah putus jemputan dan tawaran untuk saya membuat persembaha­n pada acara tertutup.

“Sedikit sebanyak, saya dapat rasakan pintu rezeki sentiasa ada walaupun tidaklah sepopular artis lain,” katanya.

TANPA PENGURUSAN

Jika sebelum ini namanya dipayungi pengurusan

Wake The Baby, kini Shiha memilih bergerak sendiri. Selepas tamat kontraknya, dia teruskan perjalanan seni dengan menguruska­n kerjaya sendiri.

Bagaimanap­un, untuk lagu ini, dia serahkan kepada label baru, LMA Talent House.

“Pernah juga terfikir, bagaimana saya perlu menguruska­n sendiri kerjaya seni tanpa bernaung di bawah mana-mana pengurusan. Tapi, Allah sentiasa memberikan kemudahan kepada saya,” katanya.

Dengan menguruska­n kerjaya seni sendiri, dia kini mula faham selok-belok dunia seni dari awal hingga akhir. Katanya, dia perlu lakukan semuanya dari A ke Z.

“Selesai proses rakaman, saya perlu fikirkan bagaimana mempromosi­kan lagu itu. Saya sendiri turun padang bertemu dengan mereka yang bertanggun­gjawab untuk memperkena­lkan Jagakan

Dia kepada umum. Antaranya stesen radio dan rakan media.

“Selain itu, turut dibantu beberapa ‘team’ saya yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang kerjaya berlangsun­g,” katanya.

LAGU BARU

Pada saat artis lain mengikut arus kehendak peminat muzik dengan menghasilk­an karya berentak 90-an, Shiha tetap utuh dengan pendiriann­ya untuk hadir dengan lagu balada yang ‘grand’.

Katanya, dia kekal dengan pendiriann­ya untuk keluarkan lagu berentak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia