Harian Metro

Tajul sanjung roberto carlos

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Tidak sampai tiga bulan, single baru dari penyanyi bernama Tajul yang berjudul Melamar Rindu sudah mendapat 3.85 juta tontonan di Youtube.

Perkara itu membuktika­n Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari berjaya menarik perhatian peminat dan meneruskan legasi abangnya iaitu Allahyarha­m Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin dalam bidang seni suara tanah air.

Enggan menoleh ke belakang, jejaka comel berusia 19 tahun ini sebenarnya sudah mencipta pelbagai kejayaan sejak single pertama berjudul Sedalam Dalam Rindu setahun lalu.

Kehebatann­ya dalam bidang muzik terus dipandang dan ketika ditanya rahsianya, Tajul berkata, dia hanya perlu mengekalka­n tenaga dan momentum menerusi stamina.

“Sebab itu, saya memilih untuk bersukan walaupun sudah lama tidak melakukann­ya dengan serius.

“Sekarang, saya hanya membuat senaman ringkas untuk menjaga pernafasan khusus untuk vokal.

“Dulu, saya bermain bola sepak dan sangat merinduiny­a kerana sukan ini antara yang menarik perhatian ramai orang. Bagi saya, ia membawa masyarakat untuk bersama khususnya membina semangat kerjasama antara pemain,” katanya.

Ditanya berkenaan pemain bola sepak yang diminati, katanya, rembatan kencang dan sepakan lencong yang dilakukan bintang bola sepak Brazil, Roberto Carlos pada 1997 ketika menentang Perancis menjadi satu perkara yang dikagumi.

“Pada masa itu, memang saya belum dilahirkan tetapi ada menontonny­a di Youtube. Pemain berusia 43 tahun itu memang berkelas dunia dan menjadi kebanggaan saya sepanjang masa.

“Roberto Carlos sering menunjukka­n teknik baik di barisan pertahanan mahupun serangan,” katanya.

Tajul yang pernah berduet dengan Wany Hasrita dengan nyanyian Disana Cinta Disini Rindu berkata, status dan gelaran ‘el hombre bala’ yang bererti manusia peluru juga menjadi keunikan Roberto Carlos yang disukai olehnya.

“Roberto Carlos yang bermain di barisan pertahanan sebenarnya mampu bermain dengan baik di bahagian serangan.

“Namun, kecepatan, teknik dan tendangan kencang yang dimiliki menjadikan dirinya sesuai di bahagian pertahanan.

“Dia adalah pemain pertahanan yang lengkap dengan kemampuan bertahan dan menyerang yang hampir setara sehingga mampu mengancam gawang lawan,” katanya.

Selain bola, Tajul juga minat sukan badminton dan memberitah­u pasukan Brazil antara pilihannya sebagai negara terbaik.

“Ketika Roberto

Carlos mewakili pasukan negaranya, Brazil adalah satu nama gah di arena sukan bola sepak dan pasukan Amerika Latin itu sering menjuarai kejohanan dunia,” katanya sambil memberitah­u bersukan bawa banyak kebaikan.

Katanya yang akan muncul dengan mini album, bersukan juga membantu kita untuk menanam sikap positif bersosial secara sihat.

 ??  ?? ROBERTO Carlos
ROBERTO Carlos
 ??  ?? TAJUL
TAJUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia