Harian Metro

Ozil, amine bercinta di restoran kebab

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Dua perlawanan selang seminggu bakal jadi penentu ke manakah Piala Malaysia 2017 akan menuju. Terlalu banyak untuk dikupas mengenai kuat, lemah, kurang lebih dan tinggi rendah kemampuan Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 4 November 2017.

Tradisi Piala Malaysia diteruskan lagi dengan gaya permainan ‘moden’ barisan pemain pasukan dari utara dan selatan tanah air. Kemeriahan final yang turut dicoret dengan but warna-warni pemain bola sepak masa kini.

Begitu banyak aspek kemeriahan Piala Malaysia yang menyambung

Piala Malaya yang mula menapakkan permainan Percintaan memang saat yang indah, begitu juga yang dilalui pemain Arsenal, Mesut Ozil bersama tunangnya, Amine Gulse Ratu Turki 2014, di mana kedua-duanya sentiasa menjadi buruan media tidak kira di mana saja mereka pergi termasuk ketika menikmati makanan tradisi arab iaitu kebab.

Baru-baru ini kedua-dua mereka berjaya dikesan oleh paparazi keluar makan tengah hari bersama ketika Arsenal tidak mempunyai sebarang sesi latihan.

Ozil yang berusia 28 tahun sentiasa mengalualu­kan kedatangan Amine ke London dan mencari masa terluang untuk menghabisk­an masa bersama.

Ketika mereka keluar makan tengah hari bersama di salah sebuah restoran tradisiona­l Turki di London, Ozil dan tunangnya dilihat menaiki kereta Mercedes.

Sebelum ini Ozil memang sangat berahsia dalam perhubunga­n percintaan dan berjaya menyembuny­ikannya kepada pihak media, termasuk ketika dia berpacaran bersama penyanyi pop Jerman, Mandy Capristo.

Bagaimanap­un, percintaan dengan Mandy tidak kekal lama selepas dia kembali bersama rakan lamanya, Amine yang sudah dikenali bertahun-tahun walaupun ia dinafikan oleh ratu cantik yang memiliki darah campuran Sweden itu bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana pemain bola sepak pada 2015.

Hubungan kedua-dua menjadi semakin intim apabila Ozil dan Amine sempat merakam video ketika mereka bercuti dan dalam rakaman berkenaan juga terdapat emoji berbentuk hati berwarna merah, menandakan mereka memang betul-betul serius sedang bercinta.

Amine yang berusia 24 tahun juga adalah seorang pelakon dan model namun dia dibesarkan di Sweden, manakala ibunya berasal dari Izmir, Turki tatkala bapanya pula dari Kirkuk, Iraq.

Pelakon drama bersiri Asla Vazgecmem yang popular pada 2015 itu sebelum ini dilihat makan malam bersama di London dan ketika itu, Ozil dan Amine kedua-duanya menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa hanya sekadar teman tapi mesra.

Sebelum ini Amine, yang mempunyai akaun Instagram @gulseamine, berkawan dengan pereka fesyen pakaian pengantin terkenal di Turki dan mempunyai rupa paras tampan, Rasit Bagzibagli.

Dia sering memuat naik gambar menampakka­n kemesraan bersama Rasit namun dalam satu kenyataan di Instagram, Amine hanya menganggap generasi ketiga syarikat fabrik dari London itu hanya sebagai sahabat dan adik angkatnya.

Kenyataan itu terus menafikan khabar angin bahawa Ozil hanya bertepuk sebelah tangan dan masalah berkenaan sering mengganggu­nya di dalam padang ketika beraksi bersama Arsenal.

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Amine Gulse TARIKH LAHIR:
30 April 1993 (24 tahun) TEMPAT LAHIR: Gothenburg, Sweden TEMPAT TINGGAL: Istanbul, Turki
KARIER: Pelakon,
Model, Ratu cantik BILANGAN ANAK: Tiada
PROFIL NAMA: Amine Gulse TARIKH LAHIR: 30 April 1993 (24 tahun) TEMPAT LAHIR: Gothenburg, Sweden TEMPAT TINGGAL: Istanbul, Turki KARIER: Pelakon, Model, Ratu cantik BILANGAN ANAK: Tiada
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia