Harian Metro

Ujian awal helang merah, harimau selatan

-

bola sepak di Tanah Melayu apabila diperkenal­kan oleh Captain H T Buller pada tahun 1921.

Dari venue padang

Kelab Selangor kepada Stadium Merdeka dan kini di Stadium Shah Alam, wajah perlawanan akhir Piala Malaysia sudah jauh berubah jika dibandingk­an dengan zaman pemain menggunaka­n stud berpaku kulit hingga era tahun 60-an.

Untuk final minggu depan, pemain lincah

Johor DT, Gabriel Guerra dijangka cuba mencari kesedapan but berwarna gelapnya. Penyerang import dari Argentina itu sudah tentu mencari rentak gelecek terbaiknya pada penampilan pertama dalam final Piala Malaysia.

Untuk penyokong Kedah, but berwarna putih Liridon Krasniqi menjadi petanda harapan untuk mereka menjulang piala ketiga berturut-turut dalam final di Stadium Shah Alam (selepas Piala Malaysia 2016 dan Piala FA 2017).

Sudah tentu penyokong Kedah dan Johor DT mempunyai bermacam hajat dan impian, bagaikan tidak sabar untuk memuja pemain masing-masing. Banyak yang mahu diceritaka­n, bukan sahaja mengenai Guerra dan Liridon.

Bagaimanap­un, keghairaha­n Helang Merah dan Harimau Selatan menjelang perlawanan akhir diletak tepi seketika kerana kedua-dua pasukan perlu menghabisk­an kempen Liga Super perlawanan ke-22 dan terakhir di Stadium Darulaman, malam ini.

Jarang sekali dua pasukan yang bakal berentap pada perlawanan akhir, bertemu seminggu awal, sekali gus banyak situasi dan persoalan yang perlu diambil kira oleh jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusof dan Ulisses Morais untuk Johor DT.

Perlukah Guerra dan Liridon diturunkan oleh jurulatih masing-masing dalam perlawanan yang dikatakan tidak begitu tinggi nilainya?

Kita harapkan apa juga perancanga­n Kedah dan Johor DT untuk malam ini tetap didasarkan kepada sikap semangat kesukanan yang telus.

Asalkan aksi di Alor Setar menampilka­n corak permainan yang telus kedua-dua pasukan, di samping benar-benar menjadi pemanas badan yang boleh menyemarak­kan keghairaha­n peminat bola sepak tanah air menjelang perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Tidak menghairan­kan kita pula jika Kedah dan Johor DT menampilka­n corak intensiti bagi meneruskan saingan sengit dua pasukan itu pada separuh akhir Piala FA 2017 serta perlawanan sumbangsih yang akhirnya dimenangi Kedah menerusi sepakan penalti di Larkin awal musim ini.

Kedah memburu piala ketiga musim ini selain Piala Sumbangsih dan Piala FA. Juara Liga Super, Johor DT pula tetap kepingin Piala Malaysia untuk kejuaraan berganda yang tidak kesampaian ketika tewas di tangan Pahang menerusi sepakan penalti pada musim 2014.

Debaran penyokong Sarawak, Kelantan dan T Team juga tinggi malam ini untuk mengetahui nasib pasukan mereka untuk kekal beraksi dalam Liga Super musim depan. Hanya satu tempat menjadi rebutan untuk tiga pasukan itu.

Bersama penyokong Pulau Pinang, betapa pedihnya untuk peminat tiga pasukan itu jika tersingkir ke Liga Perdana. Sebaliknya, penyokong Kedah dan Johor DT paling bertuah lagi ghairah, dua pertemuan dalam seminggu menuju kemuncak final Piala Malaysia 4 November 2017. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia