Harian Metro

PEMAIN BOLA, PRAMUGARI BERCINTA

-

Ingatkan dunia artis sahaja penuh dengan gosip, rupa-rupanya ahli sukan juga tidak terlepas. Apatah lagi bila mereka dikaitkan bercinta dengan orang terkenal seperti penyanyi atau pelakon.

Ada yang berkahwin dan kekal bahagia sehingga sekarang seperti Subadron Aziz dan

Salwa Abdul Rahaman tapi ramai juga yang berantakan sehingga bercerai-berai.

†Fenomena pemain bola sepak bercinta atau berkahwin dengan artis bukan sahaja berlaku di sini malah juga di luar negara. Pasangan David Beckham- Victoria adalah antara menjadi tumpuan kerana mereka berjaya mengekalka­n rumah tangga sehingga sekarang.

Baru-baru ini kecoh pula kisah seorang pemain bola tempatan bercinta dengan seorang pramugari. Apa yang membuatkan satu dunia bergegar adalah pada masa sama pramugari itu dikaitkan pula dengan seorang penyanyi yang sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon janda.

Tambah meriuhkan suasana bila muncul pula seorang gadis yang mengaku baru sahaja putus cinta dengan pemain bola sepak berkenaan.

Ini bukan lagi kisah cinta tiga segi malah bersegi-segi. Kalau dibuat drama bersiri memang cukup rencahnya dan boleh meletup.

Spy Bola tidak kenal sangat dengan pemain bola ini. Khabarnya baru sahaja diserapkan ke skuad utama daripada pasukan Piala Presiden. Maknanya muda lagilah.

Pada Spy Bola, dalam usia muda sebegini, eloklah tumpukan kepada karier daripada bermain cinta. Sudah banyak contoh pemain bola kecundang di tengah jalan gara-gara mabuk bercinta. Ambil iktibar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia