Harian Metro

Semangat Iommi diiktiraf

- Susunan Esme Johari Wahab esme@hmetro.com.my

Pemain gitar Black Sabbath, Tony Iommi mendapat penghormat­an apabila menerima trofi Anugerah Keberanian (Courage Award).

Dia menerima anugerah pada majlis Loudwire Music Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat, barubaru ini.

Penghormat­an itu diberi sebagai mengiktira­f semangat kental Iommi bertarung dengan kanser limfoma serta azam tinggi perjuangan karier muzik walaupun terbabit dalam insiden menyebabka­nnya hujung dua jarinya putus ketika dia berusia 17 tahun.

“Saya benar-benar rasa dihargai berada di sini bersama ramai rakan baik, Zakk (Wylde) dan setiap orang di sini,” kata Iommi selepas menerima trofi itu yang dibentuk menggunaka­n acuan tangannya.

Iommi yang teruja membuat pengakuan tidak tahu apa hendak diperkatak­an kepada penonton yang melaungkan ‘We Love You!’ dan ‘Tony! Tony! Tony!’.

Dalam sejarah penubuhan kumpulan itu pada 1968, Iommi satusatuny­a anggota Black Sabbath masih kekal beraksi pada setiap kemunculan semula mereka.

Bagaimanap­un, sejak lima tahun kebelakang­an ini, tumpuan lebih terarah kepada tahap kesihatan selepas disahkan menghidap kanser itu (limfoma).

“Pakar bedah memberitah­u kanser itu tidak akan pergi dari hidup saya. Terdapat 30 peratus kemungkina­n ia akan kembali semula dan boleh datang balik bila-bila masa,” katanya.

Kumpulan itu menangguhk­an sementara perancanga­n rakaman album berjudul 13 pada 2013 sementara menantikan Iommi mendapatka­n rawatan membabitka­n enam pusingan kemoterapi.

Malah jelajah 28 negara kumpulan dirancang berdasarka­n rawatan antibodi Iommi.

Doktor menemui ketumbuhan dalam kerongkong yang kemudian dikeluarka­n.

“Saya menjalani pembedahan di England mengeluark­an benda terletak di belakang hidung saya. Doktor menemui benjolan tetapi ketika itu tidak tahu ia kanser atau tidak. Bagaimanap­un, saya rasa okey buat masa ini,” katanya.

Walaupun melalui pelbagai kesukaran Iommi kekal positif.

“Saya diberikan enam peringkat kemoterapi selepas doktor memberitah­u kanser sudah berada di tahap tiga,” katanya.

“Semua itu benar-benar mengubah hidup saya seperti dilalui sekarang. Saya perlu menjalani sakibaki hidup kerana berada dalam arena ini selama 50 tahun.

“Saya perlu lebih banyak berada di rumah, memberi lebih banyak tumpuan kepada rakan dan keluarga,” katanya.

 ??  ?? IOMMI (dua dari kiri) bersama anggota Black Sabbath pada era 1970-an (dari kiri) Geezer Butler, Bill Ward dan Ozzy Osbourne. IOMMI tetap positif walaupun menghidap kanser sejak 2013. Pakar bedah memberitah­u kanser itu tidak akan pergi dari hidup saya....
IOMMI (dua dari kiri) bersama anggota Black Sabbath pada era 1970-an (dari kiri) Geezer Butler, Bill Ward dan Ozzy Osbourne. IOMMI tetap positif walaupun menghidap kanser sejak 2013. Pakar bedah memberitah­u kanser itu tidak akan pergi dari hidup saya....
 ??  ?? ANTARA pemain gitar paling dihormati dalam arena
muzik rock.
ANTARA pemain gitar paling dihormati dalam arena muzik rock.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia