Harian Metro

Dayang masih gementar

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Biarpun pernah mengunggul­i Anugerah Juara Lagu (AJL) beberapa kali, penyanyi Dayang Nurfaizah tiada masalah dan tetap selesa untuk beraksi di pentas separuh akhir Muzik Muzik 32 pada 5 November ini.

Dayang yang turut menang Vokal Terbaik selama tiga tahun berturuttu­rut di AJL, menjadi satu-satunya penyanyi paling senior dan kerap bertanding pada acara berprestij itu.

Katanya, dia sama sekali tidak memandang mudah persaingan daripada penyanyi baru. Malah Dayang akui dirinya rasa gementar untuk bersaing dengan mereka.

“Saya tidak boleh terlalu yakin dengan keadaan sekarang. Kalau perasan, semua penyanyi baru yang bertanding, mereka lebih berani bereksperi­men. Apatah lagi lagu yang tercalon pula bagus.

“Sejujurnya, saya takut dengan kehadiran mereka. Semangat yang ada pada mereka membuatkan saya perlu bekerja keras dan memberikan persembaha­n lebih baik.

“Saya tidak mahu terlalu selesa kerana apa saja kemungkina­n boleh berlaku,” katanya.

Bakal menyanyika­n lagu Separuh Mati Ku Bercinta hasil ciptaan Ajai, Dayang mengakui risau dengan harapan tinggi yang diletakkan peminat terhadap dirinya.

Mengunggul­i AJL tahun lalu melalui Lelaki Teragung, Dayang berkata, setiap tahun peminat meletakkan harapan tinggi untuknya menang.

“Perkara ini membuatkan saya bertambah risau.

Pada masa sama, saya juga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia