Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 2 petang PANGGUNG SABTU: HOUSE FULL TV 9, 4 petang BUNGA MERAH PUNYA TV 1, 3.05 petang PANGGUNG 1: STESEN SERUNDING, SAMPAN SERINGGIT

Aarush, seorang jejaka yang kurang bernasib baik. Dia bekerja di sebuah kelab malam dan mendapat wang hasil pertaruhan pelanggan ketika bermain daun terup.

Selepas lamarannya untuk berkahwin dengan wanita idaman ditolak, Aarush dibelasah oleh abang wanita berkenaan. Dia juga diberikan amaran agar tidak mengganggu adik perempuann­ya lagi.

Dengan hati terluka, Aarush membawa diri ke kota London dan tinggal bersama sahabat baiknya, Bob dan Hetal. Keduadua rakannya itu bekerja di pusat kasino milik Kishore Samtani.

Awalnya, Hetal tidak menyukai Aarush namun lama-kelamaan dia melihat kebaikan Aarush.

Pelakon: Akshay Kumar, Malaika Arora Khan, Riteish Deshmukh, Lara Dutta, Randhir Kapoor Pagi itu, Merah mahu menulis sajak tetapi dia tidak tahu menulis dan membaca. Dibelekbel­eknya novel milik Itam menyebabka­n

Itam ketawa melihat Merah yang cuba meniru ayat dalam salah satu novel. Itam membantu Merah menulis sajak.

Pelakon: Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli, Zalfie Roul, Idzham Ismail, Hasnul Rahmat, Roslan Madun & Izz Ilham. Kisah Nadi tinggal bersama sepupunya, Adim apabila ayahnya, Osman berhijrah ke bandar. Ayahnya juga berjanji akan pulang pada 1 Syawal. Setiap tahun Nadi ditemani Adim, menunggu ayahnya di stesen kereta api hingga tiga kali Syawal tetapi ayahnya tidak pernah pulang.

Kesabaran Nadi mendapat simpati Stesen Master, Azan dan kecewa kerana Osman mungkir janji. Setiap kali bertanya mengenai ayahnya, ibu Adim, Maksu Kaseh memberi pelbagai alasan.

Pelakon : Muhammad Raif Irfan, Muhammad Raif Ikhwan, Khir Rahman, Wan Azli Wan Jusoh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia