Harian Metro

Seni kait hiasi segenap ruang

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Kelihatan seperti baru dihasilkan kerana masih berseri, menarik dan terjaga rapi

kait jarum satu antara sentuhan tangan cukup unik kerana kreativiti itu secara jelas mengetenga­hkan kesungguha­n, ketelitian dan bakat seseorang.

Melihat ia sebagai satu elemen penting untuk ruang kediamanny­a, Nurfaezah Abdullah, 50, nyata teruja sebaik memperkata­kan berkenaan seni unik itu.

“Bermula usia 16 tahun lagi saya sudah menghasilk­an seni kait ini dan idea yang datang adalah spontan tanpa belajar dari mana-mana.

“Saya akui begitu obses dengan seni ini kerana ia memberikan kepuasan sebaik berjaya dihasilkan,” kata anak kelahiran Penampang, Sabah ini.

Menariknya, kunjungan penulis ketika Program Liputan Media Sempena Festival Kraf Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 (KLICF 2017) Selasa lalu di kediamanny­a di Bandar

Seri Putra Bangi, Kajang, disambut meriah.

Ramai kawan yang datang bertandang sambil sibuk menyiapkan alas meja yang dikait jarum satu untuk menyertai KLICF 2017 tidak lama lagi.

Pelbagai jenis koleksi seni kait menghiasi segenap ruang kediaman Nurfaezah itu hingga terbit rasa kagum di hati penulis betapa mendalamny­a minat wanita itu.

Dari alas meja, alas kabinet televisyen hingga alas sofa, semuanya berasaskan seni unik dengan sentuhan warna serta motif tertentu.

“Percaya atau tidak, alas meja makan ini sudah berusia 20 tahun? pertanyaan Nurfaezah yang membuatkan penulis dan media lain terkejut.

Jelas, alas meja makan itu bagaikan baru dihasilkan kerana masih berseri, menarik dan terjaga rapi.

Berkenaan rahsia penjagaan seni itu, Nurfaezah berkata memandangk­an elemen hiasan itu agak sensitif dan mudah kotor jika kurang peka, seharusnya ia dijaga rapi.

“Mudah saja, kerana perkara paling penting memastikan elemen ini sentiasa bersih sepanjang masa.

“Penggunaan plastik sebagai alas di atas alas meja makan berasaskan seni kait ini antara langkah pencegahan supaya ia tidak mudah kotor.

“Apatah lagi, ia mudah dibersihka­n atau dicuci jika terkena kotoran,” katanya yang turut menganggot­ai

Pak Tam Harmony Craft iaitu salah satu kelab berkenaan seni kait.

Beliau berkata, menerusi kumpulan seni kait itu pelbagai idea dikongsi sambil saling memberikan tunjuk

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli kelab Pak Tam Harmony Craft menunjukka­n sebahagian dari alas meja kait yang bakal diisytihar­kan sebagai seni kait terpanjang dalam MBOR.
SEBAHAGIAN ahli kelab Pak Tam Harmony Craft menunjukka­n sebahagian dari alas meja kait yang bakal diisytihar­kan sebagai seni kait terpanjang dalam MBOR.
 ??  ?? SENI kait jarum satu turut menjadikan anda lebih kreatif.
SENI kait jarum satu turut menjadikan anda lebih kreatif.
 ??  ?? KOMBINASI warna juga penting.
KOMBINASI warna juga penting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia