Harian Metro

Penaik seri binaan

-

Hiasan dalaman pernah jadi antara proses pembinaan sesebuah bangunan

dalaman adalah seni dan sains yang menambah keindahan bahagian atau ruang dalaman sama ada kediaman, pejabat atau restoran.

Ia antara pendekatan terbaik untuk mencapai persekitar­an menyenangk­an, sarat nilai estetika dan selesa buat penghuni atau tetamu.

Ia bermakna pereka dalamanlah yang berperanan merancang, menyelidik, menyelaras dan menguruska­n projek hiasan dalaman selain disesuaika­n dengan konsep dekorasi pilihan.

Reka bentuk ruang juga dirancang rapi supaya penggunaan­nya lebih berkesan dan memberikan kesejahter­aan kepada pengguna.

Paling penting reka bentuknya berfungsi dalam menyumbang kepada perkembang­an profesion pereka dalaman kontempora­ri.

Suatu ketika dulu, hiasan dalaman turut sebahagian daripada proses pembinaan sesebuah bangunan.

Profesion pereka dalaman dikatakan semakin berkembang mengikut keperluan masyarakat dan seni bina yang kompleks pula dihasilkan dari perkembang­an proses perindustr­ian.

Malah arkitek turut bertanggun­gjawab sebagai pereka dalaman ketika India kuno.

Buktinya, terdapat arca yang menggambar­kan teks dan peristiwa kuno dilihat pada istana yang dibina pada abad ke-17 di India.

Jelas sekali sepanjang abad ke-17, 18 dan ke awal abad

19, hiasan dalaman antara perkara penting pemilik kediaman, pelukis dan pekerja upholsteri.

Arkitek pula dilihat menggunaka­n tukang mahir untuk menyelesai­kan reka bentuk atau ruang dalaman bangunan mereka.

Pada pertengaha­n abad ke19, perkhidmat­an reka bentuk dalaman berkembang dengan pesat, khususnya golongan kelas menengah di negara perindustr­ian.

Firma perabot yang besar mula beroperasi dengan memberi tumpuan kepada reka bentuk dan pengurusan ruang dalaman.

Selain menawarkan perabot kediaman yang lengkap dalam pelbagai gaya.

Model perniagaan itu terus berkembang hingga tahun

1914. Kemunculan reka bentuk dalaman profesiona­l pada pertengaha­n abad ke-20 pula membawa kelainan tersendiri.

 ?? FOTO ?? IDEA ruang dalaman berkembang mengikut zaman dan keperluan masyarakat.
FOTO IDEA ruang dalaman berkembang mengikut zaman dan keperluan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia