Harian Metro

Abaya Dubai cita rasa malaysia

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Banyak dugaan terpaksa ditempuh wanita ini bagi memastikan perniagaan pakaian Muslimah dengan jenama Sheikha Shouq yang diasaskan lebih setahun lalu terus maju dan berkembang. Prinsipnya, apa juga perniagaan diusahakan tidak akan menjadi tanpa kekuatan mental dan fizikal serta dedikasi yang tinggi.

Bagi Siti Farahana Khairuddin, 32, menjadi usahawan berjaya bukan perkara mudah dan seperti usahawan lain beliau tidak terlepas berdepan dengan saat getir sebelum berada pada kedudukan sekarang.

Menceritak­an pembabitan­nya dalam bidang perniagaan, Siti Farahana atau lebih mesra dengan panggilan Farah tekad menubuhkan Sheikha Souq Enterprise iaitu syarikat perintis di negara ini yang mengeluark­an abaya berwarna selepas berhenti kerja dari PETRONAS pada awal 2014.

Syarikat itu terlebih dahulu beroperasi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum membuka butik pertama di Seksyen 7, Shah Alam, kerana sebaik berhenti kerja ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Sheikha Ad-Durrah Ilias, berusia setahun lebih ini berhijrah mengikut suaminya Ilias Baharudin, yang bekerja sebagai juruteknik kanan di sebuah syarikat di sana.

“Semasa menetap di sana, saya tertarik dengan amalan wanita tempatan yang sentiasa mengenakan pakaian rasmi mereka iaitu abaya walaupun negara UAE beriklim panas sehingga mencecah 50 darjah Celsius.

“Saya juga mendapai, wanita tempatan selain diberikan elaun bulanan oleh kerajaan UAE jika mengenakan abaya, mereka turut menerima layanan istimewa seperti dibantu membawa barangan di pasar raya.

“Lama-kelamaan timbul minat untuk menceburka­n diri dalam fesyen Muslimah dan memasarkan abaya Dubai, tetapi direka mengikut cita rasa peminat abaya di Malaysia dengan menghasilk­an fesyen berwarna,” katanya.

Pengalaman peritnya bermula ketika mencari pembekal fabrik dan kilang menjahit pakaian, dia didekati seorang wanita dari Malaysia yang mendakwa boleh membantuny­a merealisas­ikan hasrat membuka perniagaan yang diimpikan.

“Saya mempercaya­i dia kerana melihat kesungguha­nnya untuk membantu dalam segala aspek termasuk sanggup datang ke Dubai. Wanita itu juga membawa saya ke kilang menjahit dan menunjukka­n fabrik yang sesuai dijadikan abaya.

“Selepas menyerahka­n modal kira-kira RM100,000 hasil simpanan, wanita itu menghilang­kan diri memaksa saya membuat laporan polis di dua negara. Walaupun terkilan kerana menanggung kerugian yang agak besar, saya anggap ia antara asam garam dalam dunia perniagaan.

“Saya akui hampir putus asa selepas kejadian terbabit kerana apa yang dirancang tidak menjadi

 ??  ?? ANTARA abaya Sheikha Souq yang menawan peminat abaya di Malaysia.
ANTARA abaya Sheikha Souq yang menawan peminat abaya di Malaysia.
 ??  ?? FARAH di butiknya yang menawarkan abaya Dubai berwarna.
FARAH di butiknya yang menawarkan abaya Dubai berwarna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia