Harian Metro

Bergaya ala Korea

- Siti Nadirah Hafidzin sitinadira­h@hmetro.com.my

Jenama terkemuka bawa

koleksi direka mengikut perkembang­an fesyen terkini

The Twee, jenama fesyen Korea terkemuka kini mengorak langkah ke pasaran fesyen Malaysia dengan memperkena­lkan koleksi terbaru di kedai pertamanya di Asia Tenggara, di pusat belibelah KL Gateway, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Bagi si fesyenista yang mengikuti perkembang­an fesyen negara Hallyu itu, bolehlah meninjau lebih 30 koleksi ceria berwarna terang yang menampilka­n pakaian bercorak bunga untuk helaian wanita dan lelaki.

Dihasilkan sepenuhnya di Korea Selatan, semua koleksi terbaru itu direka mengikut perkembang­an fesyen terkini di Korea yang juga sesuai untuk pelbagai lapisan usia.

The Twee berusaha untuk membawakan fesyen terkini Korea ke Malaysia dan lebih menarik rekaannya mengambil kira keadaan cuaca di negara ini supaya ia boleh digayakan sepanjang masa.

Pengurus Besar Bluebell Horizon Aqmal Azam berkata, ‘Gelombang Korea’ juga dikenali sebagai ‘Hallyu’ tidak asing lagi kepada rakyat di negara ini.

“Dapat dilihat gelombang itu mempunyai pengikutny­a tersendiri di sini yang diikuti melalui tarian, makanan, fesyen, gaya rambut dan solekan.

“Berdasarka­n jumlah peminatnya yang semakin ramai di negara ini, kami yakin dapat mengembang­kan arus fesyen Korea di Malaysia,” katanya.

Katanya, penggemar fesyen Korea kini boleh mendapatka­n koleksi terkini negara itu dengan lebih mudah serta menjimatka­n.

“Setiap rekaan adalah terkini dan istimewa, kini sesiapa saja mampu bergaya ala ‘Korea’ dengan mudah. Setiap koleksi didatangka­n dengan pilihan saiz yang pelbagai dan tawaran harga berpatutan,” ujarnya.

 ??  ?? FESYEN Hallyu untuk peminat
di Malaysia. PADANAN sopan namun tetap menawan.
FESYEN Hallyu untuk peminat di Malaysia. PADANAN sopan namun tetap menawan.
 ??  ?? TAMPIL bergaya dengan gaun tanpa lengan beropol.
TAMPIL bergaya dengan gaun tanpa lengan beropol.
 ??  ?? GAYA ranggi untuk jejaka.
GAYA ranggi untuk jejaka.
 ??  ?? PENAMPILAN santai buat si manis yang berani.
PENAMPILAN santai buat si manis yang berani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia