Harian Metro

Drebar buang air lori kena sondol

-

Miri: Akibat tidak dapat menahan untuk membuang air kecil, tindakan seorang lelaki memberhent­ikan lori dipandunya di tepi jalan menyebabka­n bas ekspres merempuh kenderaann­ya itu di kilometer 105 Jalan Miri-Bintulu di sini, petang kelmarin.

Kemalangan jam 5.30 petang itu mengakibat­kan pemandu bas dan pembantuny­a serta seorang lagi penumpang cedera, manakala 10 lagi penumpang bernasib baik tidak mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua

Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan

Trafik Sarawak Deputi Superinten­dan Bingkok John berkata, lelaki berusia 23 tahun yang memandu lori baja itu memberhent­ikan lorinya di tepi jalan sebelum pergi ke semak berhampira­n membuang air kecil.

“Bas ekspres yang dalam perjalanan dari

Sibu ke Miri di laluan sama gagal memberhent­ikan kenderaan sebelum merempuh lori berkenaan dari arah belakang.

“Kemalangan itu menyebabka­n pemandu bas, Dennis Unong, 42, pembantuny­a Su Kwong Ling, 55, dan penumpang, Othman Kamal, 66, cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Batu Niah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, nasib baik bas ekspres berkenaan tidak dipandu laju, justeru kemalangan itu tidak membabitka­n kemalangan jiwa dan kecederaan teruk.

“Penumpang lain dalam bas berkenaan selamat dan dipindahka­n ke bas ekspres lain oleh pengusaha bas terbabit untuk meneruskan perjalanan ke Miri.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 6 LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1953,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN bas yang remuk.
KEADAAN bas yang remuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia