Harian Metro

‘IZINKAN KU PERGI’

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ hmetro.com.my

“Jika setiap langkahku ini terhenti di sini untuk selamanya. Izinkan ku pergi.”

Bait lirik lagu popular Aiman Tino, Ku Hanya Sayang Padamu itu sering dinyanyika­n Reinhard Jeremiah Benedict, 12, sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Kionsom, Inanam, dekat sini, kelmarin.

Pada kejadian jam 12.50 tengah hari, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Pomotodon, Inanam itu meninggal dunia selepas dilanggar sebuah Toyota Land Cruiser.

Ketika kejadian, kanakkanak itu baru turun dari sebuah bas sekolah di bahu kiri jalan berkenaan dan melintas jalan untuk pulang ke rumahnya.

Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, tetapi disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 3.17 petang.

Menurut bapa mangsa, Benedict Albert, 40, lirik lagu Aiman Tino itu seolah-olah menggambar­kan Reinhard akan pergi selama-lamanya.

Dia berkata, lagu itu sangat digemari anak sulungnya, malah sering dinyanyika­n di rumah sejak beberapa hari lalu.

Katanya, lirik lagu itu turut ditulis di dalam buku diari yang ditunjukka­n guru sekolah anaknya.

“Guru anak saya ada menunjukka­n diari yang dibuat khas untuk rakannya di sekolah. Selain daripada lukisan kartun, terdapat lirik lagu itu yang ditulis mendiang.

“Dalam buku itu juga turut ditulis ucapan kepada rakannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menceritak­an kejadian itu, Benedict berkata, ketika kejadian, Reinhard yang juga anak sulung daripada empat beradik melintas jalan untuk pulang ke rumah keluarga mereka.

Katanya, selepas dirempuh kenderaan itu, adik Reinhard, Rophe Imanuel (Onel), 11, sempat mendengar kata-kata terakhir abangnya sebelum kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.

“Bye Onel, abang tiada sudah ini... itu yang diucapkan Reinhard kepada anak kedua saya (Rophe Imanuel) selepas dia dilanggar kenderaan itu.

“Sehingga kini, anak kedua saya masih trauma kerana kejadian itu berlaku di depan mata,” katanya.

Benedict berkata, anaknya menunjukka­n perubahan sikap sejak kebelakang­an ini.

“Dia seorang yang aktif dan peramah, tetapi sejak beberapa minggu ini, dia jadi pendiam, malah sering duduk di rumah saja.

“Malah, ketika makan di luar, dia gemar pesan minuman milo ais, tetapi kebelakang­an ini dia minta susu kacang,” katanya.

Katanya, mendiang akan dikebumika­n di tanah perkuburan di Kampung Kiambalang, Inanam, esok.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abd Rakman berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 51 tahun memandu Toyota Land Cruiser dari Kampung Kionsom menghala Penampang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki itu melihat sebuah bas sekolah memberhent­ikan penumpang di bahu sebelah kiri jalan.

“Dia meneruskan perjalanan dan apabila melepasi bas itu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas dari sebelah kiri ke kanan jalan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, dia tidak sempat memberhent­ikan kenderaan lalu merempuh kanakkanak berkenaan.

“Ia menyebabka­n mangsa terpelanti­ng ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Inanam sebelum kanak-kanak itu dipindahka­n ke HWKKS, Likas untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1),

Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia