Harian Metro

LALOK NAK SODOK

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Remaja naik angin ugut cedera pegawai

AADK guna penyodok pasir

Berang dihantar keluarga mendapatka­n rawatan pemulihan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuching, remaja yang dalam keadaan lalok bertindak agresif dan cuba melarikan diri, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi, remaja lelaki berusia 18 tahun itu tiba-tiba ‘naik angin’ ketika ditemu bual pegawai AADK sebaik tiba di pejabat agensi berkenaan di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, di sini.

Rakaman video memaparkan cubaan remaja terbabit melarikan diri dari pusat berkenaan dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ia tular di laman sosial semalam.

Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, remaja terbabit dengan tangan masih bergari itu tiba-tiba mengamuk sebelum meluru keluar dari bilik temu bual.

Menurutnya, remaja terbabit kemudian mencapai penyodok pasir sebelum mengacukan kepada tiga pegawai AADK yang cuba menahannya.

“Remaja terbabit dapat membuka pintu pagar di tepi pusat berkenaan, namun terperangk­ap kerana ada satu lagi lapisan pagar.

“Pegawai AADK yang cuba menenangka­nnya diugut supaya tidak merapatiny­a sekiranya tidak mahu dicederaka­n menggunaka­n penyodok pasir,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ketika ditenangka­n, seorang pegawai kemudian berjaya memeluk remaja terbabit dari belakang sebelum dibantu dua lagi rakan sekerjanya.

“Ujian saringan air kencing mendapati remaja terbabit di bawah pengaruh methamphet­amin dan tindakan agresifnya dipengaruh­i faktor bahan terlarang itu.

“Remaja terbabit masih ditahan sementara di AADK Kuching sebelum ditempatka­n di Pusat Pemulihan Dadah bagi menjalani rawatan,” katanya. Kota Kinabalu: Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal ditunggang­i dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan di Jalan Lintas, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 malam, mangsa, Mohamad Nazri Ag Abas, 27, dari Kampung Tengah, Bongawan, parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), dua jam kemudian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abd Rakman berkata, ketika kejadian, kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dalam perjalanan dari Lido menuju Papar.

Beliau berkata, Mohamad Nazri yang menunggang motosikal Honda EX5 itu dikatakan menuju arah sama untuk pulang ke rumahnya di Papar.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta itu terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

“Orang ramai yang menyaksika­n kejadian segera memberikan bantuan dengan menghubung­i pihak berkuasa.

“Lelaki itu kemudian dihantar dengan ambulans ke HQE 1 untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital itu, pada jam 1.04 pagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

George berkata, siasatan awal juga mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan yang mengekori motosikal mangsa pada jarak yang terlalu dekat.

“Pemandu kereta terbabit juga gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga berlaku kemalangan itu.

“Bagaimanap­un, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN video menunjukka­n remaja terbabit mengacukan penyodok pasir ke arah pegawai AADK.
RAKAMAN video menunjukka­n remaja terbabit mengacukan penyodok pasir ke arah pegawai AADK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia