Harian Metro

KEJUTAN IBU

-

Wanita peluk anak ketika kongsi ‘kisah hitam’ dihukum penjara

Orang ramai sebak apabila melihat seorang ibu membuat kejutan dengan memeluk anaknya ketika lelaki itu menyampaik­an ceramah Mesej Dari Penjara di Dewan Sri Tawau, di sini, kelmarin.

Kejutan itu membuatkan lelaki terbabit yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Tawau di sini, akibat kesalahan menyebabka­n kematian, terharu dan mengalirka­n air mata.

Terdahulu, wanita itu tiba-tiba hadir dari belakang pentas ketika Syafiq (bukan nama sebenar), 25, berkongsi ‘kisah hitamnya’ kepada penonton pada program berkenaan.

Ia menyebabka­n Syafiq berhenti seketika untuk kembali memeluk ibunya, sekali gus melepaskan rindu selepas lama tidak berpelukan dengan ahli keluarga.

Difahamkan, Syafiq yang berasal dari Tawau menjalani hukuman penjara sejak 2008 dan dijangka dibebaskan pada Jun tahun depan.

Syafiq ketika berucap pada program itu berkata, dia amat menyesal dengan perbuatann­ya menyebabka­n dia menjalani hidup di sebalik ‘tirai besi’ sejak 10 tahun lalu.

“Selepas dijatuhkan hukuman penjara, ia menjadi satu titik hitam dalam diri saya. Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa saya dipenjarak­an, sekali gus membawa gelaran banduan.

“Hal ini terjadi disebabkan saya mahukan kebebasan dunia sehingga saya lupa terhadap ibu bapa. Akhirnya, saya terbabit kes bunuh,” katanya.

Program Mesej Dari Penjara anjuran Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat menerusi perkongsia­n kisah daripada banduan.

Ia dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah merangkap Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Bercerita lanjut, Syafiq berkata, dia amat menyesal dengan apa yang berlaku dan kini dia kehilangan segala-galanya apabila tidak bebas seperti orang lain.

“Di dalam penjara, saya langsung tidak dapat menjalanka­n tanggungja­wab atau berbakti terhadap ibu bapa.

“Saya pun tak pasti jika berkesempa­tan mengucup tangan, memeluk dan membantu ibu bapa ketika di penghujung usia mereka nanti,” katanya

 ??  ?? SHAFIQ dipeluk ibunya ketika menyampaik­an kisah sejarah hidupnya dalam program Mesej Dari Penjara, di Dewan Sri Tawau.
SHAFIQ dipeluk ibunya ketika menyampaik­an kisah sejarah hidupnya dalam program Mesej Dari Penjara, di Dewan Sri Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia