Harian Metro

BELAJAR LEBIH SELESA

- Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohd Rizal Abdullah

Komitmen kerajaan menyediaka­n peruntukan RM1 bilion untuk penambahba­ikan dan penyelengg­araan sekolah daif di Sarawak melalui kaedah Sistem Industri Bangunan (IBS) membuktika­n kerajaan terus menjadikan pendidikan antara teras utama dalam Bajet 2018.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak Ahmad Mali berkata, sudah tiba masanya sekolah daif di negeri ini bertukar wajah bagi menjadikan suasana pengajaran dan pembelajar­an lebih baik.

Menurutnya, peruntukan yang diumumkan itu dijangka dapat merancakka­n sektor pendidikan di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman yang ada sesetengah­nya terlalu usang untuk digunakan pelajar dan guru.

“Saya berharap peruntukan yang diumumkan akan sampai kepada golongan sasaran dan sekolah yang dibina menggunaka­n teknologi IBS dapat didirikan dalam tempoh singkat.

“Suasana pendidikan akan lebih selesa dan tumpuan pelajar dan guru di sekolah semakin tinggi kerana kemudahan yang dinikmati lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden Peniaga Bumiputera Miri Sarawak (PBMS) Anuar Ahmad berkata, pembanguna­n infrastruk­tur komunikasi serta kemudahan jalur lebar bernilai RM1 bilion di Sabah dan Sarawak cukup bermanfaat kepada penduduk negeri ini dalam menikmati kepesatan teknologi dan maklumat (IT).

Menurutnya, ia juga seiring usaha kerajaan Sarawak yang ketika ini rancak melaksanak­an ekonomi digital di negeri ini.

“Peruntukan yang disalurkan melalui Suruhanjay­a Komunikasi Malaysia (SKMM) pasti akan berupaya memacu ekonomi digital di negeri ini.

“Ia sekali gus memberikan impak cukup besar kepada rakyat Sarawak untuk menikmati kemudahan jalur lebar dengan lebih pantas malah sehingga ke kawasan pedalaman,” katanya.

Peruntukan RM1b ubah wajah sekolah daif

 ??  ?? PENARI dari Kampung Budaya Sarawak mengikuti perkembang­an Bajet 2018 secara langsung, semalam.
PENARI dari Kampung Budaya Sarawak mengikuti perkembang­an Bajet 2018 secara langsung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia