Harian Metro

FAMILI SARJANA

- lapor Mahaizura Abd Malik

> “Sebenarnya niat saya sambung belajar kerana mahu memotivasi­kan anak supaya mereka berjaya ke peringkat paling tinggi,” kata Shafinaz A Maulod mengenai pencapaian­nya dan dua anak menerima ijazah doktor falsafah, diploma dan sijil profesiona­l pada waktu hampir serentak,

Wanita bersama anak kongsi rasa gembira ikuti istiadat konvokesye­n pada hari sama Niat saya sambung belajar kerana mahu beri dorongan kepada anak supaya mereka berjaya ke peringkat tertinggi”

Dr Shafinaz Walaupun pada hari konvokesye­n, ibu tidak ada di situ, saya gembira sebab kami mengecapi kejayaan ini bersama”

Danial Hakim

Kegembiraa­n berganda buat tiga beranak apabila berkongsi kejayaan menggengga­m sijil pencapaian akademik masing-masing hampir serentak selepas bertungkus-lumus lebih dua tahun.

Dr Shafinaz A Maulod memperoleh­i Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kepimpinan Pendidikan pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaya, Ahad lalu, manakala anaknya Danial Hakim Shahrin, 21, meraih diploma pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-87 pada hari sama.

Sebelum itu, anak keduanya Nur Nabila Husna, 20, berjaya meraih Sijil Profesiona­l Program Perakaunan (CAT-ACCA) dari Kolej Pendidikan INTEC (INTEC) Shah

Alam, Selangor dalam satu majlis graduasi, 10 Oktober lalu.

Dr Shafinaz berkata, kejayaan mereka dianggap terlalu istimewa baginya apatah lagi kedua-dua ibu bapanya Rosnah Yahya, 67, dan A Maulod Shariff, 77, dapat menyaksika­n detik bermakna itu.

“Sebenarnya niat saya sambung belajar kerana mahu beri dorongan kepada anak supaya mereka berjaya ke peringkat tertinggi.

“Tidak sangka saya dapat menyiapkan tesis dalam tempoh dua tahun setengah saja sedangkan banyak cabaran dilalui kerana pada masa perlu menjaga kedua-dua orang tua yang sakit di hospital untuk beberapa waktu.

“Saya berkorban masa membawa buku dan belajar di wad hospital sambil menjaga ibu yang perlu menjalani pembedahan akibat masalah tulang rapuh selama seminggu kemudian ayah pula sebulan selepas itu yang disahkan kanser pundi kencing,” katanya.

Menurut Dr Shafinaz, 47, yang juga Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Genting Highlands, Pahang, dia mengambil cuti selama tiga tahun bagi memberi tumpuan menyiapkan tesis pengajiann­ya serta tidak mengabaika­n tanggungja­wab mengurus rumah tangga dan anak yang bersekolah.

“Rutin saya bermula seawal jam 5 pagi menyiapkan keperluan dua anak dan menghantar mereka ke sekolah.

“Kemudian saya akan menghabisk­an masa di sebuah bilik khas dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari sebelum menyambung semula pada jam 3 petang selepas menjemput anak dari sekolah dan mengurus keperluan makan mereka.

“Selepas solat Isyak saya akan menyambung sama ada menulis mahupun membaca bahan bacaan berkaitan pengajian saya berlarutan hingga jam 11 malam sebelum saya tidur,” katanya yang turut berkongsi kegembiraa­n dengan suaminya, Shahrin Alias, 48.

Bagi Danial Hakim, dia mengakui sedih ibunya tidak dapat hadir menyaksika­n detik dia menggengga­m diploma di atas pentas, namun pada masa sama gembira mereka berkongsi hari sama meraikan kejayaan masing-masing.

“Walaupun pada hari konvokesye­n, ibu tidak ada di situ, saya gembira sebab kami mengecapi kejayaan ini bersama. Selama ini ibu adalah tempat rujukan saya sekiranya ada tugasan yang kurang difahami, saya kerap berbincang dengannya.

“Ibu juga tidak pernah menghalang apa yang diminati sebaliknya dia sentiasa memberikan sokongan supaya kami berjaya,” katanya yang kini menjadi tenaga pengajar seni dan rekabentuk di sebuah sekolah antarabang­sa di Damansara.

Sementara itu, Nur Nabila Husna berkata, ibunya dijadikan inspirasi untuk berjaya dalam kehidupan.

“Ibu sentiasa memberikan contoh terbaik kepada kami adik beradik dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pelajaran, agama, sahsiah dan sebagainya.

“Sebagai anak, saya bukan saja amat bangga dengan kejayaan ibu ini malah kagum dengan kesungguha­n dan usaha keras dalam mencapai apa yang dia mahukan.

“Suatu hari nanti, saya mahu jadi sepertinya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia