Harian Metro

YA1M sedia hulur bantuan

-

Artis atau persatuan seni yang mewakiliny­a perlu memaklumka­n masalah dihadapi agar nasib mereka dapat dibela dengan cepat khususnya membabitka­n penyampaia­n bantuan kebajikan.

Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, tindakan itu untuk memudahkan proses bantuan dan permohonan perlu disertakan dengan dokumen lengkap serta surat pengesahan persatuan artis berdaftar.

“Memang YA1M sentiasa memantau perkembang­an industri hiburan, tetapi makluman terkini berkenaan masalah dihadapi menjadikan proses pemberian sumbangan dapat dijalankan dengan telus dan diselia secara profesiona­l untuk kepentinga­n bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro berkenaan masalah kesihatan bekas peserta program Mentor Musim ke-5 (Mentor 5), Nursyafiqa­h Nasratulla­h Mohd Nor, 31, atau dikenali sebagai Iqa yang disahkan menghidap penyakit urat saraf kronik, gangguan otot dan tulang bengkok.

Dave berkata, sepanjang empat tahun penubuhan YA1M, pihaknya membelanja­kan RM3 juta untuk bantuan kepada 800 artis tempatan tanpa mengira kaum dan agama yang sakit serta uzur.

“Bantuan itu disalurkan kepada penyanyi, pelakon dan pemuzik seluruh negara. Tidak semua golongan bergelar artis mahu ditimpa sakit hingga membataska­n aktiviti seni. Sebab keadaan itu, kami turun padang sampaikan amanah (bantuan), sama adadi hospital atau rumah artis yang sakit demi menjaga kebajikan mereka.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu artis yang sakit menjalani rawatan lanjutan dan mengangkat kembali kehidupan,” katanya.

 ??  ?? DJ Dave
DJ Dave

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia