Harian Metro

Ubah wajah sekolah 92 tahun

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Kelas dicat baru, kawasan persekitar­an dicantikka­n dengan tanaman pokok dan struktur bangunan dibaiki sekali gus mengubah wajah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad, di sini, yang berusia 92 tahun menjadi lebih menarik.

Semua usaha itu dilakukan kira-kira 200 pelajar, guru, ibu bapa dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) apabila mereka berganding bahu dalam Program Gotong-Royong Pengurusan Tertinggi Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) itu.

Ia adalah sebahagian acara sempena Jelajah Pendidikan KPM 2017 yang diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini, selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Program gotong-royong bermula jam 10 pagi dan dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan) Dr Zainal Aalam Hassan.

Zainal Aalam turut meninjau beberapa projek dilakukan pelajar antaranya pameran lukisan, ikhtiar hidup dan menyediaka­n alat bantu mengajar.

 200 pelajar, guru, ibu bapa dan pegawai JPN berganding bahu bergotong-royong selenggara SMK Ahmad, Pekan

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, kementeria­n menyediaka­n peruntukan sebanyak RM20,000 bagi kerja penyelengg­araan kecil sekolah berkenaan.

“Walaupun jumlah itu agak kecil, namun ia sedikit-sebanyak dapat membantu pihak sekolah menyelengg­arakan bangunan atau persekitar­an sekolah supaya memberikan keselesaan kepada pelajar.

“Selain itu, pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) bersama masyarakat setempat boleh mengambil inisiatif untuk mendapatka­n lebih banyak sumbangan atau dana,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Mohd Rosdi Ismail dan Pengetua SMK Ahmad Hasimah Abdul Ghaffar.

Zainal Aalam berkata, objektif program itu adalah untuk merapatkan jurang antara pihak kementeria­n dengan masyarakat setempat serta turut memberikan peluang kepada orang ramai berhubung dengan pegawai di kementeria­n secara lebih rapat.

Katanya, melalui program itu pegawai kanan dan pengurusan tertinggi KPM dapat melihat sendiri keadaan sekolah daripada segi infrastruk­tur serta fizikal yang mungkin memerlukan penyelengg­araan atau pembaikan segera.

Sementara itu, Hasimah berkata, peruntukan sebanyak RM20,000 akan digunakan untuk melengkapk­an kelas Pembelajar­an Abad ke-21 (PA21) manakala selebihnya untuk menyelengg­ara bangunan sekolah.

“Sekolah ini sudah berusia 92 tahun tahun, jadi pastinya keadaan bangunan sudah usang sekali gus memerlukan penyelengg­araan segera untuk keselesaan pelajar.

“Selain itu, kita juga akan melengkapk­an kelas PA21 dengan kemudahan terkini antaranya skrin LCD dan alat bantu mengajar yang bersesuaia­n,” katanya.

Pelbagai aktiviti dan acara dirangka sepanjang Jelajah Pendidikan KPM itu termasuk penganjura­n Fiesta Prasekolah, Fiesta Sekolah Menengah/Komuniti, Sekolah Rendah dan

Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada Sabtu, aktiviti dianjurkan adalah pertanding­an joget Melayu, pertanding­an Sains, pertanding­an hiasan kek cawan, gubahan serta nyanyian.

Lebih banyak aktiviti menarik dianjurkan semalam, antaranya Ikon Murid dan Guru yang memaparkan perkongsia­n kejayaan ikon murid dan guru serta tayangan video dan eksplorasi kerjaya.

Selain itu, turut diadakan persembaha­n Tarian Gendang 24 Musim, Gendang India, Kompang Formasi dan live band yang dipersemba­hkan pelajar.

 ??  ?? DR Zainal Aalam (dua dari kanan) menanam pokok merasmikan program gotong-royong sempena Jelajah Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad.
DR Zainal Aalam (dua dari kanan) menanam pokok merasmikan program gotong-royong sempena Jelajah Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad.
 ??  ?? PELAJAR bersama-sama menghias kelas di SMK Ahmad.
PELAJAR bersama-sama menghias kelas di SMK Ahmad.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru dan pelajar menanam pokok pada program gotong-royong di SMK Ahmad.
SEBAHAGIAN guru dan pelajar menanam pokok pada program gotong-royong di SMK Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia