Harian Metro

Padam api 8 hektar hutan Gantung sampai mati

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Lelaki kudung kaki edar dadah bersama kekasih turut disebat

Lelaki kudung kaki kanan dan teman wanitanya dihukum gantung sampai mati serta penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi, semalam selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan mengedar dan memiliki dadah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Hashim Hamzah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Samri Hashim, 40, dan Salina Dtiataudin, 32, selepas berpuas hati apabila pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Muhammad Samri yang berpakaian baju-T merah dan jean biru turut dikenakan 10 sebatan kerana memiliki dadah.

Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa mengedar dadah seberat 26.87 gram iaitu 23.32 gram heroin dan 3.55 gram monoacethy­morphines dalam Proton Perdana di Jalan Bukit Awi, Kulim, jam 1 pagi, 12 Mac 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa memiliki dadah methamphet­amine seberat 39.41 gram dalam Proton Perdana di Jalan Bukit Awi, Kulim pada waktu dan tarik sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau minimum lima tahun serta minimum 10 sebatan.

Salina, ibu tunggal anak tiga kelihatan sebak sebaik dijatuhkan hukuman itu sebelum sempat menemui dua anaknya yang datang bersama keluarga ke mahkamah.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili M Chandran dan Burhanudee­n Abd Wahid.

Pada 2005, Muhammad Samri pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta empat sebatan kerana kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12, Akta dadah Berbahaya 1952.

Pada 2006, dia juga dihukum penjara lima tahun terhadap tuduhan cubaan membunuh selepas merempuh anggota polis ketika mahu melarikan diri di depan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa, Jalan Kampung Perak, Alor Setar pada 7 Julai 2005.

 ??  ?? MUHAMMAD Samri (depan) bersama Salina (belakang, dalam bulatan) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar.
MUHAMMAD Samri (depan) bersama Salina (belakang, dalam bulatan) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia