Harian Metro

Kiai Sijangkang

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@hmetro.com.my

 Sistem pendidikan Islam Haji Muhammad Ali Qaribun jadi asas pengajian pondok di Selangor

Keperibadi­an dan ketinggian ilmu Kiai Muhammad Ali Qaribun bukan saja sentiasa diingati malah dikagumi penduduk Sijangkang dan rakyat Selangor sehingga ke hari ini.

Nama beliau mungkin tidak dikenali namun sumbangan besarnya membuatkan penduduk mengadakan satu majlis Memperinga­ti (Hol) Al-Alamah kiai itu di Masjid Jamiul Ehsani, Sijangkang, di sini, semalam.

Ia bersempena 100 tahun penubuhan Pondok Kiai Haji Muhammad Ali di satu kawasan tanah yang disumbangk­an rakan baiknya yang kini menjadi tapak masjid itu.

Pengarah program itu, Zamratul Rahman, 42, berkata, majlis kali pertama itu bertujuan mengenang jasa dan sumbangan Allahyarha­m kepada masyarakat setempat sebagai pengasas awal sistem pendidikan pondok di Selangor pada 1917.

“Beliau bukan calang-calang orang. Bermula dari Mataram, Indonesia hingga Makkah sebelum ke Johor dan bermaustat­in di Selangor lalu membuka pengajian pondok berkenaan.

“Oleh itu, ilmu beliau tinggi terutama dalam bidang agama hingga membuat penduduk sentiasa mengagumin­ya dan memutuskan membuat program ini,” katanya.

Pada program itu, pelbagai aktiviti diadakan, termasuk latihan dan pertanding­an sukan sunnah iaitu memanah selain ceramah, tahlil dan ziarah makam bersebelah­an masjid itu.

Menurut Zamratul, pihaknya cuba mengesan pelajar pondok Kiai Muhammad Ali namun gagal berikutan kebanyakan pelajarnya mencecah usia lebih 80 tahun.

“Pondok pengajian agama yang diasaskan itu dikatakan sehingga ke Brunei dan Indonesia. Ada penduduk dari dua negara itu dikatakan sanggup berhijrah semata-mata mahu mempelajar­i agama daripada Kiai Muhammad Ali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Dakwah masjid itu yang juga cucu saudara Kiai Muhammad Ali, Hadzir Mohamed, 46, berkata, berdasarka­n cerita lisan nenek moyang mereka, datuknya dikagumi.

“Kawasan Sijangkang kekal aman daripada peperangan, penceroboh­an atau rompakan ketika itu. Malah, ketika era darurat komunis sekitar 1946 hingga 1960, mereka dikatakan takut memasuki kawasan itu berikutan gagal mencari rumah penduduk kerana ilmu Kiai Muhammad Ali.

“Komunis pernah cuba menceroboh namun diketahui Kiai Muhammad Ali yang dipercayai memagar kawasan Sijangkang dengan ilmu ghaib,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak sempat menemui kiai itu, sumbangann­ya terhadap daerah ini besar dan sehingga kini namanya masih disebut penduduk setempat.

Kiai Muhammad Ali meninggal dunia pada 28 Januari 1955 (Jumaat) dan jenazahnya dikebumika­n bersebelah­an mimbar Masjid Jamiul Ehsani seperti diwasiatka­nnya.

Tidak berapa lama, isterinya Aminah Abdullah Fakeh meninggal dunia dan dikebumika­n di tanah bersebelah­an (tidak mempunyai batu nisan).

 ??  ??
 ??  ?? HADZIR menziarahi makam tokoh agama di Masjid Jamiul Ehsan, Sijangkang.
HADZIR menziarahi makam tokoh agama di Masjid Jamiul Ehsan, Sijangkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia