Harian Metro

Askar kawal serahan 600 pek sumbangan

-

Cox’s Bazar: Hujan renyai-renyai di sekitar Cox’s Bazar tidak menghalang pelarian Rohingya di Kem Kutupalong mendapatka­n sumbangan pek makanan daripada Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care).

Biarpun terpaksa menggendon­g anak kecil, dipapah dan bertongkat, mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil bantuan yang disumbangk­an penderma untuk Misi

Kemanusiaa­n

Untukmu Rohingya kali ini.

Pada mulanya, keadaan sedikit kecoh apabila pelarian berebut mendapatka­n pek yang berisi beras, garam, bawang, minyak masak, cili dan sabun namun dikawal anggota tentera.

Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya bersyukur dapat menyerahka­n 600 pek barangan hasil sumbangan rakyat Malaysia di sini dan ia berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini.

“Seperti semalam, kami meneruskan rawatan percuma kepada pelarian yang dikendalik­an lima doktor dan sukarelawa­n misi kali ini.

“Jumlah pelarian begitu ramai menyebabka­n kami terpaksa memberi ruang kepada mereka yang kritikal terlebih dulu, selain bayi dan warga emas,” katanya.

Misi yang masuk hari ketiga ini turut membabitka­n serahan telaga tiub di sekitar kem di sini yang dibina mengikut spesifikas­i terbaru bersesuaia­n dengan keadaan semasa.

Justeru beliau mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi ini melalui akaun Muslim Care 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­7470 (Bank Islam) atau hubungi Setiausaha Agung Muslim Care

Zakaria Abd

Latif di talian 0126935938.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia