Harian Metro

Kopi cap Halimah

- Safuri Kamarudin am@hmetro.com.my

 Warga emas gigih usahakan kopi kampung secara tradisiona­l sejak 30 tahun lalu

Biarpun penghasila­n kopi kini dilakukan secara moden, namun bagi seorang warga emas, Halimah Din, 85, dia masih kekal menghasilk­an kopi secara tradisiona­l dan menjadi punca pendapatan­nya sejak 30 tahun lalu.

Walaupun bungkusann­ya tidak secantik kopi moden, namun ia tetap menjadi pilihan penduduk di sekitar daerah ini yang setia membeli kopi dihasilkan Halimah dari Kampung Charok Sikin, di sini.

Malah, kopi dihasilkan Halimah turut dipasarkan di Alor Setar, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Halimah berkata, dia mengusahak­an kopi kampung sejak 30 tahun lalu yang diwarisi daripada arwah nenek moyangnya.

Menurutnya, kopi kampung yang diproses secara tradisiona­l itu masih diterima masyarakat setempat walaupun pelbagai kopi jenama moden dihasilkan.

“Kopi kampung saya masih mendapat permintaan penduduk terutama di kedai runcit sekitar sini, malah penduduk kampung sanggup datang ke rumah apabila mereka kehabisan bekalan,” katanya.

Nenek kepada 19 cucu dan tiga anak itu menggunaka­n kaedah tradisiona­l untuk memproses kopi kampung dengan bahan asli daripada bijiran.

“Itulah kerja dilakukan saya dari usia muda hingga hari ini kerana pembuatan kopi kampung ini warisan keluarga.

“Saya mengambil alih kerja membuat kopi daripada keluarga sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun tempoh untuk menyediaka­n kopi agak lama, tetapi berbaloi dengan aroma dan rasa kopi dihasilkan.

“Biar memakan masa lama, tetapi tetap berkualiti dan tahan lama kerana ia pekat dan berbeza dengan kopi dari kilang.

“Rasa kopi kampung lain kerana biji kopi digoreng menggunaka­n dapur kayu, malah biji kopi dibasuh hingga bersih,” katanya.

 ?? Halimah Din ?? HALIMAH menunjukka­n serbuk kopi kampung yang siap diproses. Rasa kopi kampung lain kerana biji kopi digoreng menggunaka­n dapur kayu, malah biji kopi dibasuh hingga bersih”
Halimah Din HALIMAH menunjukka­n serbuk kopi kampung yang siap diproses. Rasa kopi kampung lain kerana biji kopi digoreng menggunaka­n dapur kayu, malah biji kopi dibasuh hingga bersih”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia