Harian Metro

Mula RM500 kini RM5,000

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Vendor usahawan kosmetik orang kurang upaya terima Anugerah Gemilang ECER Mersing

“Pada saya status orang kurang upaya (OKU) bukan untuk meraih simpati tetapi ia memberikan saya semangat untuk ke hadapan,” kata vendor usahawan kosmetik, Nurul Hidayatul Islamin Johar, 24, yang juga penerima Anugerah Gemilang Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Mersing.

Kekurangan diri tidak menghalang Nurul Hidayatul untuk maju ke hadapan malah dengan status dirinya OKU akibat masalah urat saraf sejak lahir, anak kelahiran Kampung Makam, Mersing ini terus membanggak­an ramai pihak.

Jika insan senasib sukar menerima status itu, tetapi berlainan pula dengan wanita berkenaan dan paling membanggak­an dirinya dikenali usahawan OKU hingga membuka mata pelbagai pihak untuk menjadikan dirinya sebagai ikon kejayaan.

Nurul Hidayatul yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, kejayaan mengusahak­an vendor kosmetik tidak datang bergolek, bahkan melalui fasa sukar selama dua tahun sebelum dibimbing Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Katanya, biarpun berpengala­man dua tahun dalam industri vendor kosmetik, lonjakan pada pendapatan diperoleh hasil daripada menyertai program keusahawan­an dibangunka­n pihak berkenaan yang disertai pada Januari tahun lalu.

“Tempoh dua tahun dalam bisnes vendor kosmetik ini jualan tidak banyak dan pendapatan bulanan sekitar RM500 saja.

“Alhamdulil­lah bila saya dapat keluar daripada kepompong lama dan menyertai projek ECERDC, pelanggan dalam kalangan penduduk Mersing lebih ramai jika dibandingk­an pelanggan luar,” katanya yang bangga dapat berdikari hingga memiliki kenderaan sendiri iaitu Proton IRIZ.

Dia yang menamatkan pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pernah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Pasir Gudang dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selama dua tahun.

“Saya tidak menoleh kebelakang dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah bagi meraihs pendapatan.

“Sejak itu banyak pengalaman diperoleh bagaimana mengembang­kan perniagaan sehinggala­h mendapat sokongan ECERDC menerusi Program Empower ECER, Mersing,” katanya yang membuka vendor kosmetik Vendor Beuaty Yaya Islamin, Vendor Ala Kampung.

Katanya, jika dulu pendapatan bulanan diperoleh sekitar RM500 sebulan tetapi kini sudah menjangkau sehingga RM5,000 sebulan.

Pada masa sama, dia turut memasarkan produk minyak kapur barus keluaran syarikatny­a hingga mencecah jualan RM1,000.

“Saya tidak bergantung kepada produk usahawan tempatan, tetapi turut membangunk­an produk sendiri.

“Paling menarik, produk untuk sapuan luaran itu bagi mengurangk­an semput dan batuk,” katanya yang berpengala­man berniaga di pasar malam bagi menimba pengalaman ketika terbabit dalam perniagaan diusahakan beberapa tahun lalu.

 ??  ?? NURUL Hidayatul bangga dengan keupayaann­ya membeli kereta hasil bisnes vendor kosmetik yang diusahakan.
NURUL Hidayatul bangga dengan keupayaann­ya membeli kereta hasil bisnes vendor kosmetik yang diusahakan.
 ??  ??
 ??  ?? NURUL Hidayatul menerima Anugerah Gemilang ECER Mersing.
NURUL Hidayatul menerima Anugerah Gemilang ECER Mersing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia