Harian Metro

Buah tangan terbesar

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Peruntukan RM2.5b bukti komitmen kerajaan bantu tingkat pendidikan Bumiputera

Peruntukan terbesar diterima Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada Bajet 2018 membuktika­n komitmen berterusan kerajaan untuk membantu golongan Bumiputera di negara ini dalam sektor pendidikan.

Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, peruntukan RM2.5 bilion diumumkan itu adalah yang terbesar diterima MARA dalam sejarah penubuhann­ya.

Beliau berkata, seluruh warga MARA menyambut baik pengumuman itu dan terharu dengan keprihatin­an kerajaan untuk terus memartabat­kan golongan Bumiputera di negara ini.

“MARA berharap dapat memberi sentuhan kepada Bumiputera dan akan memperting­katkan rangkaian institusi pendidikan MARA bagi mewujudkan persekitar­an menarik untuk pelajar.

“Buat masa ini, jenama institusi pendidikan MARA seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) semakin dikenali dalam pasaran,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n Ke-34 Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Kolej University Poly-Tech MARA (KUPTM) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), semalam.

Katanya, pihaknya akan memberi perkhidmat­an terbaik dalam membantu Bumiputera di negara ini terutama yang memerlukan bantuan.

Mengulas mengenai peruntukan penyelengg­araan MRSM sebanyak RM50 juta, Awang Adek berkata, bantuan itu akan digunakan sepenuhnya bagi membaik pulih MRSM yang uzur di seluruh negara.

Dalam perkembang­an sama, katanya, beliau juga mahu lebih ramai pihak swasta dan korporat tampil menjalinka­n hubungan strategik dengan MARA bagi pembinaan MRSM yang baru sebagaiman­a dilakukan Petronas bagi pembinaan MRSM di Ranau, Sabah dan Bintulu, Sarawak.

“Kedua-dua MRSM berkenaan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun dan dijangka memberikan manfaat pembanguna­n pendidikan di negeri berkenaan.

“Apabila siap kelak, MARA akan menyediaka­n tenaga pengajar dan pengurusan,” katanya. Bajet 2018 yang dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat lalu dianggap yang terbaik pernah dibentangk­an kerajaan dalam sejarah pemerintah­an Barisan Nasional.

Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh berkata, komitmen kerajaan dalam membantu rakyat jelas dizahirkan menerusi Bajet 2018.

“Bajet 2018 adalah bajet negara paling hebat pernah dibentangk­an dalam sejarah pemerintah­an BN.

“Ia bukan saja inklusif, malah memenuhi keperluan semua segmen masyarakat dan jelas membuktika­n bahawa BN tidak memilih bulu dalam membantu rakyat,” katanya pada sidang media sempena program Umno Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) di Kompleks Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Lendu, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi BiKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

 ??  ?? PERUNTUKAN RM2.5 bilion perkasa pendidikan ditawar MARA.
PERUNTUKAN RM2.5 bilion perkasa pendidikan ditawar MARA.
 ??  ?? ABD Rauf
ABD Rauf

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia