Harian Metro

Suntikan positif pembanguna­n BKH

-

Alor Setar: Pembanguna­n Zon Ekonomi Sempadan Khas di Bukit Kayu Hitam (BKH) berupaya memberi impak besar dalam jangka masa panjang membabitka­n pelbagai sektor di Kedah.

Pakar Ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, selain memberi suntikan positif dalam sektor pelanconga­n, pembanguna­n di BKH berupaya menyumbang kepada pembanguna­n industri digital, limpahan ekonomi dan pendidikan.

Beliau berkata, sudah terlalu lama pembanguna­n di sempadan antara Kedah-Thailand yang boleh memberi limpahan ekonomi diimpikan rakyat negeri ini dan perancanga­n diumum kerajaan itu tepat pada masa.

“Kedah yang terletak di hujung negara ini adalah sebuah negeri luar bandar yang memerlukan pembanguna­n kerana sudah lama benar sempadan terbiar. Justeru, ini masa yang sangat tepat bagi pembanguna­n ini dijalankan supaya kesannya dapat dirasai daripada pelbagai sudut.

“Dengan pembanguna­n zon ekonomi ini, ia ternyata memberi manfaat kepada negeri dan rakyat bukan saja dari sudut pelanconga­n dan ekonomi, malah pendidikan apabila pelbagai kajian boleh dilakukan oleh UUM,” katanya pada sidang media, semalam.

Terdahulu, beliau mengendali­kan Pasca Bajet 2018 dianjurkan UUM bersama ahli panel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Amar Shaikh Mahmood Naim, Pengarah Institut Dasar Ekonomi dan Kewangab (EcoFI) dan Profesor Ekonomi SEFB Prof Dr Razak Chik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia