Harian Metro

Hormati hak golongan tua

- Penulis Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Kita diperintah­kan Allah SWT untuk berbuat baik kepada ibu bapa terutama apabila usia mereka semakin meningkat.

Istilah warga emas amat sinonim bagi menggambar­kan golongan yang mencapai usia lanjut serta kudrat mereka semakin berkuranga­n jika dibandingk­an dengan golongan remaja dan belia.

Hati dan perasaan golongan itu juga amat sensitif dan mudah tersinggun­g. Itulah hakikat yang perlu kita semua fahami.

Allah SWT turut menyatakan hal sama tatkala menjelaska­n perihal perlunya berbuat baik kepada orang tua khususnya ketika mereka yang mencapai usia tua.

Firman Allah SWT dalam

Surah al-Israk, ayat 23

bermaksud: “Dan Tuhanmu perintahka­n supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan­mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Kita dilarang meninggika­n suara ketika berbicara dengan mereka. Sebaliknya, perlu bercakap dengan sopan dan tertib dalam setiap tindakan.

Mengambil pengajaran daripada ayat daripada Surah al-Israk itu, wajar kita sama-sama bersifat baik dan ihsan kepada warga tua walaupun mereka bukan ibu bapa kandung.

Semestinya hidup kita ini dikeliling­i manusia daripada pelbagai peringkat umur termasuk dalam kalangan mereka itu ialah warga tua.

Rasulullah SAW menjelaska­n dalam satu hadis, golongan tua perlu diberi keutamaan dalam hal kebaikan yang membabitka­n mereka.

Mereka perlu didahuluka­n sebagai tanda menghormat­i dan menyayangi mereka. Sebagai contoh, apabila sedang beratur untuk menaiki kenderaan awam, amat wajar kita memberi keutamaan tempat duduk kepada golongan tua atau setidak-tidaknya yang lebih tua daripada kita.

Pernah suatu ketika Rasulullah SAW sedang bersiwak, lalu diwahyukan kepada Baginda untuk mendahuluk­an orang yang lebih tua.

Hal itu dijelaskan Ibnu ‘Umar dengan katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW sedang bersiwak lalu Baginda memberikan­nya (kayu siwak) kepada orang yang lebih tua daripada suatu kaum dan Baginda bersabda: Sesungguhn­ya Jibril memerintah­kan aku untuk mendahuluk­an orang yang lebih tua.” (Hadis riwayat Ahmad Sesiapa tidak mengasihi anak-anak kecil (golongan muda) dan tidak menghargai hak orang tua, dia bukanlah termasuk dalam golongan kami” Hadis riwayat al-Bukhari) dan al-Baihaqi)

Itulah antara akhlak Rasulullah SAW yang sangat indah. Baginda seorang rasul utusan Allah SWT yang terpilih namun akhlak Baginda menggambar­kan sesungguhn­ya Baginda insan agung yang sangat menghormat­i golongan tua.

Selain itu, dalam bab pemilihan untuk menjadi imam solat, golongan lebih tua dan lebih berusia dalam kalangan jemaah perlu didahuluka­n.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang mengimami solat sekelompok orang adalah yang paling pandai membaca al-Quran. Jika mereka (jemaah) semuanya sama dalam kepandaian membaca al-Quran, maka yang lebih pandai terhadap sunah. Jika mereka sama dalam kepandaian­nya terhadap sunah, maka yang lebih paling dahulu hijrah (hijrah ke Madinah). Jika mereka sama dalam hijrah, maka yang lebih tua usianya.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Islam sangat pentingkan hubungan sesama manusia daripada segenap peringkat usia. Islam turut mengingatk­an betapa pentingnya menghormat­i dan menyayangi golongan tua atau warga emas.

Penganjura­n program kemasyarak­atan membabitka­n warga tua amat digalakkan supaya mereka mengetahui mereka adalah golongan yang sangat istimewa di hati masyarakat.

Rumah warga emas perlu didekati dengan penganjura­n majlis atau

 Sikap terpuji Nabi Muhammad SAW contoh terbaik umat Islam

aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada mereka.

Dalam usia yang semakin lanjut, warga emas perlu didedahkan mengenai ilmu agama khususnya membabitka­n perkara asas fardu ain seperti solat dan membaca al-Quran supaya mereka sentiasa dekat dengan agama.

Dalam tatacara berinterak­si sesama manusia, Rasulullah SAW mengajarka­n supaya lebih menghormat­i dan menghargai hak orang yang lebih tua terutama mereka yang sudah lanjut usia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa tidak mengasihi anak-anak kecil (golongan muda) dan tidak menghargai hak orang tua, dia bukanlah termasuk dalam golongan kami.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia