Harian Metro

Ammonia tahi ayam

- Rudy Fazrunisya­m Samarudin rudy@hmetro.com.my

 Premis beroperasi tanpa kelulusan jejas bekalan 3 loji rawatan air

Premis memproses baja tahi ayam yang beroperasi tanpa kelulusan dikenal pasti punca pencemaran ammonia di Sungai Johor yang menjejaska­n tiga Loji Rawatan Air (LRA) di Kota Tinggi dan Kulai sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, premis yang beroperasi di tebing Sungai Sayong, Kulai itu turut bertanggun­gjawab ke atas pencemaran Sungai Johor pada Julai tahun lalu menyebabka­n 600,000 penduduk terjejas.

Katanya, JAS Johor mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa kelulusan pihaknya dan juga Pejabat Tanah Daerah Kulai serta Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Johor.

“JAS Johor sebelum ini tidak meluluskan permohonan Penilaian Awal Tapak (PAT) kilang berkenaan untuk meneruskan operasi di kawasan berkenaan dan mengarahka­n ia dipindahka­n ke lokasi lain, namun tidak diendahkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Mohammad Ezanni berkata, susulan kes pencemaran ammonia di Sungai Johor pada Julai tahun lalu, satu mesyuarat dengan semua agensi dan pihak berkaitan diadakan yang bersetuju untuk memindahka­n premis berkenaan ke lokasi lain.

Katanya, berdasarka­n pemeriksaa­n yang dilakukan pihaknya sebelum ini, premis ternakan ayam dan memproses baja tahi ayam itu tidak mengamalka­n aspek penyimpana­n sesuai terhadap baja yang dihasilkan.

“Baja daripada tahi ayam itu terdedah kepada cuaca dan apabila hujan, ia mengalir ke parit dan masuk ke sungai menyebabka­n berlaku pencemaran ammonia,” katanya.

Jumaat lalu, operasi LRA Semangar, LRA Sungai Johor dan LRA Tai Hong terpaksa dihentikan berikutan pencemaran ammonia menyebabka­n pengguna terjejas untuk mendapatka­n bekalan air.

Bagaimanap­un,

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Ranhill Jamaluddin Jamal dalam kenyataan media berkata, bekalan air dipulihkan secara berperingk­at mulai semalam.

 ?? FOTO: IHSAN PEJABAT TANAH KLUANG ?? GAMBAR yang dirakam menggunaka­n dron menunjukka­n muara Sungai Sayong yang menjadi lokasi pertemuan Sungai Johor dan Sungai Linggi yang terjejas dengan pencemaran ammonia.
FOTO: IHSAN PEJABAT TANAH KLUANG GAMBAR yang dirakam menggunaka­n dron menunjukka­n muara Sungai Sayong yang menjadi lokasi pertemuan Sungai Johor dan Sungai Linggi yang terjejas dengan pencemaran ammonia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia