Harian Metro

Usaha berterusan Brothers Yasin

- DARI MUKA R23

Oleh itu kata Yasin, selepas ketiadaan arwah, Shah Inteam memberikan lagu itu kepada Brothers dan lirik dicoretkan Yasin sendiri.

“Lagu itu diberi sentuhan semula dengan gaya nyanyian Brothers dan turut diberi judul baru iaitu 2 Malaikat yang mengisahka­n dua malaikat, Mungkar dan Nangkir.

“2 Malaikat siap Ramadan lalu namun baru sekarang ia dilancarka­n selepas setahun Salleh meninggalk­an kami semua. Apabila tinggal bertiga kami mahu melakukan penjenamaa­n semula.

“Tanpa Salleh kami hampir kehilangan arah kerana dia adalah penyanyi utama dan seorang yang versatil. Namun kami tetap teruskan perjalanan kumpulan ini. Semoga peminat dapat menerima kami seperti sebelumnya,” kata Yasin.

Kali terakhir mereka merakamkan album penuh pada 2015 berjudul Sabar. Jelas Yasin, 2 Malaikat adalah usaha berterusan mereka untuk terus berada dalam arus perdana dunia hiburan tanah air.

“Meskipun jualan album secara fizikal tidak lagi menjadi trend terkini, sebagai anak seni, kami perlu juga hasilkan lagu baru agar kehadiran kami terus dirasai oleh pencinta muzik tanah air,” katanya.

Lagu 2 Malaikat boleh dinikmati di radio, digital dan YouTube.

Meneruskan bicara mengenai gelombang muzik hari ini, jelas Yasin lagi jika tidak kerana minat mendalam selain mahu berkongsi mesej yang memberi manfaat kepada pendengar, sudah lama Brothers berkubur.

“Kami ada misi dan peranan dalam masyarakat. Andai kata ada sedikit kebaikan dapat diteladani dalam lagu nyanyian kami, ia sudah cukup bagus. Selagi ada ruang, kami akan terus aktif menyanyi dan tidak pernah terfikir untuk berundur dari dunia seni,” katanya. -Nor Akmar Samudin

Lagu 2 Malaikat siap Ramadan lalu tapi baru sekarang

dilancarka­n selepas setahun pemergian Salleh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia