Harian Metro

‘Kahwin 2 tahun lagi’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Eizlan enggan dedahkan hal belum pasti walaupun hati kini sudah terbuka

Setiap manusia tentunya mempunyai naluri dan kehendak untuk hidup berpasanga­n. Ada sudah bertemu jodoh dan ada juga masih mencari pasangan.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 46, mendedahka­n bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga dua tahun lagi selepas bergelar duda sejak 2015.

“Kerap juga saya disoal mengenai jodoh dan ada gosip mengatakan sedang diulit cinta dengan wanita muda. Semua itu hanya gosip.

“Saya meletakkan sasaran untuk kembali berumah tangga pada usia 48 tahun. Jadi dalam tempoh dua tahun ini, saya ada masa untuk mengenali wanita yang akan bergelar isteri dan ibu kepada anak saya,” katanya.

Diminta mengulas mengenai gosip sebelum ini yang mengatakan dia sudah bertemu keluarga wanita yang juga pelajar universiti, Eizlan menafikann­ya.

“Seperti saya katakan, itu hanyalah gosip. Saya tidak mahu membuka cerita mengenai hal yang belum pasti. Tapi, apabila semuanya sudah muktamad, saya akan kongsikan dengan semua,” katanya.

Apa yang pasti, Eizlan kini sudah terbuka hati untuk menerima wanita lain sebagai suri hidupnya.

“Ya, sebelum ini saya memang sibukkan diri dengan penggambar­an dan perniagaan. Sekarang, sudah tiba masanya untuk saya membuka hati dan menerima cinta baru.

“Kalau ada, saya tidak akan menunggu lama untuk berkahwin kerana lagi lama bercinta, lagi banyak dugaan yang akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai kriteriany­a dalam memilih bakal isteri, Eizlan menyerahka­nnya kepada takdir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia