Harian Metro

3,227 SISWA AeU TAMAT PENGAJIAN

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Seramai 3,227 graduan pelbagai program diraikan pada majlis istiadat konvokesye­n Asia e University (AeU) Ke-7 yang berlangsun­g di, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persidanga­n itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan wakil kedutaan asing dari 34 negara Dialog Kerjasama Asia (ACD).

Graduan berkenaan adalah dari Malaysia dan luar negara membabitka­n Bangladesh, Brunei, India, Indonesia, Myanmar, Namibia, New Zealand, Pakistan, Filipina, Somalia, Sri Lanka, Vietnam dan Yaman.

Sidang itu membabitka­n seramai 994 graduan dari Program Pensiswaza­han Guru (PPG), manakala

1,276 atau 40 peratus adalah graduan pasca siswazah dan 1,951 atau 60 peratus adalah ijazah sarjana muda.

Seramai 10 graduan doktor falsafah (PhD) diraikan dengan lima orang memperoleh PhD dalam Pentadbira­n Perniagaan dan empat dalam Pendidikan PhD.

Sementara itu, seorang lagi graduan Doktor Pengurusan Perniagaan (DBA) iaitu Dr Mohd Hafiz Ibrahim yang juga alumni Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA) dan penerima Anugerah Pengerusi AeU pada 2013.

Pemegang Anugerah Kecemerlan­gan Merit Berprestij diberikan kepada Ho Ken Fatt, 44 iaitu graduan MBA.

Beliau menerima tiga anugerah iaitu Chairman’s Award, Mahani Zainal Abidin Award and School Award.

“Saya menjalanka­n portfolio perniagaan sejak 1997. Program MBA yang diambil pada 2016 menguatkan pengetahua­n dan kemahiran perniagaan serta menambah pengalaman perniagaan yang sebenar.

“Keusahawan­an adalah pilihan pengkhusus­an saya. Saya gembira dengan fleksibili­ti pembelajar­an di AeU yang membolehka­n saya belajar di mana-mana atau bila-bila masa tanpa menjejaska­n perniagaan dan masa bersama keluarga,” ujarnya.

Penerima Anugerah Chairman’s Award kedua ialah Lee Guek Bee, 51, iaitu graduan Ijazah Sarjana Pendidikan (MEd).

“Kandungan kursus sangat relevan kepada saya sebagai guru sains kanan dan ia sesuai untuk situasi pengajaran di kelas.

“Saya kagum dengan e-perpustaka­an yang memberikan akses mudah ke banyak sumber pendidikan di seluruh dunia, “katanya.

Penerima Anugerah President Award ketiga adalah guru bahasa Melayu Norazlina Supaat, 36, yang juga pemegang Sarjana Muda Pendidikan atau BEd

“E-pembelajar­an

AEU adalah fleksibili­ti untuk mengakses bahan pembelajar­an, perbincang­an secara atas talian (online) pada bila-bila masa dan di mana saja,” katanya.

 ??  ?? ISTIADAT konvokesye­n AeU
ISTIADAT konvokesye­n AeU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia